UPSI bantu PSNT lahir pemain sepak takraw berkualiti

UPSI bantu PSNT lahir pemain sepak takraw berkualiti


sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT) menjalin kerjasama strategik dengan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam usaha memperkasakan lagi sukan itu.

Presidennya, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, usaha murni berkenaan penting bagi memastikan sukan itu terus berkembang maju bukan hanya di Terengganu tapi di seluruh negara.

“Bagi memastikan sukan sepak takraw negara terus berdaya saing, persatuan tidak boleh berdiri dengan sendiri sebaliknya perlu sokongan daripada pelbagai pihak.

“Jadi dengan jalinan ini yang memberi fokus kepada aspek kepakaran analisis sukan ianya penting dari segi taktikal dan strategi selain menekankan bahawa profil pemain juga perlu untuk pencarian pelapis pemain akan datang.

“Kita harapkan dengan kerjasama ini mampu melahirkan lebih ramai lagi pemain dan jurulatih berwibawa dalam memastikan negara menjadi kuasa besar dalam sukan sepak takraw ini,” katanya selepas Majlis Menandatangani Surat Hasrat atau ‘letter of intent’ (LOI) dengan FSSK, UPSI di Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) petang semalam.

Turut hadir Dekan FSSK, Profesor Madya Dr Jaffry Zakaria, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Dr Noorzaliza Osman dan Timbalan Pengarah MSNT, Dr Nasree Najmi.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top