Pelakon Uqasha Senrose berkata dia sanggup melakukan apa saja demi melindungi anaknya Hawra Uqaira, malah tidak kisah berkorban nyawa sekali pun.
Menerusi perkongsian di Instagram, Uqasha berkata dengan kelahiran Uqaira dia belajar untuk menjadi ibu yang baik serta memohon maaf seandainya dia bukan ibu yang sempurna.
BACA: Uqasha Senrose Enggan Ulas Isu Peribadi, Fokus Kerjaya
“Sebaik saja Uqaira lahir, ibu belajar menjadi ibu yang baik. Maaf kalau ibu tak sempurna, Uqaira amanah Allah untuk bubu jaga sebaiknya.
“Jadi anak yang solehah okay kita sama-sama mengaji solat . My bestfriend, terima kasih Allah dan sampai sekarang bubu tak percaya bubu ada anak dan ya saya ada seorang anak,” katanya.
Sementara itu, Uqasha turut mengimbas kembali momen ketika kehamilannya dimana proses dilaluinya sangat mudah dan dirinya seorang yang penakut namun dia berani tidur sendirian ketika Uqaira dalam kandungannya.
“Sepanjang hamil, ibu langsung tidak mengidam, tiada alahan pagi… Ibu seorang yang penakut dan tidak boleh tidur seorang diri, tetapi sejak Uqaira ada dalam perut, ibu berani tidur sendirian selama sembilan bulan,” tulisnya.






