Uqasha nekad teruskan penceraian, Kamal Adli minta netizen henti kecam isteri

Uqasha nekad teruskan penceraian, Kamal Adli minta netizen henti kecam isteri


Pelakon Uqasha Senrose, nekad dengan keputusan untuk meneruskan prosiding penceraian terhadap suami, pelakon Kamal Adli.

Memetik laporan mStar, peguam syarie yang mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian berkata, anak guamnya berhasrat untuk memberi ruang kepada proses mahkamah sebelum membuat sebarang keputusan.

Nekad teruskan cerai

Uqasha senrose Nekad teruskan cerai

“Setakat ini, kita nak teruskan dulu prosiding ini dan lihat bagaimana perkembangannya nanti.
“Kalau ada kebaikan, saya harap masyarakat dan netizen dapat sama-sama doakan.
“Tiada siapa yang berkahwin dengan niat untuk bercerai, jadi moga ada kebaikan yang boleh kita cari dalam kes ini,” kata Syazmee di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Bagaimanapun, Uqasha enggan mengulas lanjut apabila disoal sama ada mahu mempertahankan rumah tangga yang dibina atau sebaliknya.

Sementara itu, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, menjelaskan kehadiran ke mahkamah bukan untuk mencari salah sesiapa, tetapi mahu menyelamatkan rumah tangga yang dibina bersama Uqasha.

“Tak tahulah… benda ni betul-betul bagi impak pada perasaan saya sekarang ini bila ada kat bilik itu tadi. Saya rasa tak ‘best’ langsung.
“Apa yang berlaku hari ini, kenapa saya ada kat sini, saya letak semua ni atas salah saya sendiri,” kata Kamal.

Dalam pada itu, Kamal merayu untuk orang ramai berhenti mengecam isterinya dan berharap peminat dapat membantu menyebarkan perkara positif berkaitan Uqasha di media sosial

“Saya mohon sangat pada semua orang, tolong jangan tulis apa-apa yang tak elok pada isteri saya.
“Dia penat kerja, stres dan saya faham benda itu. Terlalu berat sebenarnya untuk dia dan saya nak hadap semua ini. Kalau nak kutuk, kutuk saya je. Jangan beri tekanan pada dia. Tolong ya.
“Kalau nak tulis dekat media sosial pun, tulislah yang manis-manis saja. Jangan tambah tekanan pada dia. Saya mohon sangat,” jelasnya.

Artikel lain: Kamal Adli tekad selamatkan rumah tangga, tak gembira jejak kaki ke mahkamah

Untuk rekod, prosiding perceraian antara pasangan selebriti itu ditangguhkan kepada 19 November depan selepas peguam yang mewakili Uqasha sebelum ini menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.

Sumber: mStar (Amin Hazlan)





Source link

OR

Scroll to Top