Pelakon jelita, Uqasha Senrose seakan-akan menjawab kenyataan bekas suaminya, Kamal Adli berhubung pertemuan singkatnya bersama anak perempuan mereka baru-baru ini.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di ruangan Instagram Story, Uqasha kelihatan berkongsi fotonya beserta kapsyen ringkas.
“Bukan tak bagi dua minggu tu ya,” tulisnya ringkas.

Dalam hantaran berlainan, pelakon drama Bisik Asmara itu memaklumkan, anak perempuannya itu kini dijangkiti ‘Chicken Pox’ dan mengalami gatal badan.
“Ada budak kecil tu, kena chicken pox.. Kesian dia gatal badan.
“Bangun tidur, bangun tidur dia tak selesa tidur. Garu-garu,” katanya.

Sebelum ini, Kamal dalam satu kenyataannya meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu anak perempuannya , Hawra Uqaira selepas dua minggu menanggung rindu.
Menurutnya, pertemuan singkat itu sangat bermakna sekali gus mengucapkan terima kasih kepada Uqasha.






