Uqasha Senrose Enggan Ulas Isu Peribadi, Fokus Kerjaya

Uqasha Senrose Enggan Ulas Isu Peribadi, Fokus Kerjaya


Pelakon Uqasha Senrose berkata dia gembira akan muncul dalam drama terbaru Bisik Asmara untuk slot Samarinda bergandingan dengan Zul Ariffin dan Sophia Albarakbah.

Memetik Harian Metro, Uqasha berkata meskipun berdepan ujian namun ianya tidak menganggu perjalanan seninya malah jadualnya kini padat namun tetap akan memberi masa bersama anaknya. 

BACA: Hadiahkan Telekung, Kamal Adli Pujuk Uqasha

“Tak mengganggu. Alhamdulillah… jadual kerja kini semakin padat selepas saya kembali aktif dalam lakonan.

 “Namun saya tetap pastikan masa bersama anak saya Uqaira (Hawra Uqaira, 18 bulan), tidak terabai. Walaupun balik tengah malam, saya akan pastikan tetap luangkan masa dengan anak,” katanya.

Menurut Uqasha lagi, meskipun sibuk dia akan mencari masa demi anaknya dan sekali sekala akan membawa Hawra Uqaira ke set namun bergantung pada tempat sama ada sesuai atau tidak.

“Alhamdulillah sibuk macam mana sekalipun, setiap hari saya akan cari masa untuk bersama Uqaira. Ada waktunya saya akan bawa Uqaira ke set. Setakat ini Uqaira tak pernah meragam lagi, biasanya pembantu peribadi atau pembantu akan tolong tengok-tengokkan Uqaira ketika saya berlakon.

“Saya juga bersyukur Uqaira dijaga dengan baik oleh pembantu dengan pengawasan ibu sekiranya saya tidak dapat bawa dia ke set,” katanya.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top