Pelakon popular, Uqasha Senrose mencuri perhatian apabila memaklumkan dirinya baru pertama kali menggunakan aplikasi Threads, selepas sebelum ini semua urusan media sosial dikendalikan orang lain.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, dia selama ini kurang mahir mengenai teknologi serta tidak menyentuh akaun peribadinya tanpa bantuan.
“Hi, assalamualaikum. Kita ni pertama kali ada Threads ni.
“Selama ni password semua orang lain pegang dan control sebab saya tak pandai IT.
“Jadi tak pandai nak godek-godek. Sebelum ni semua orang buatkan kalau perkara melibatkan gajet,” katanya.


Perkongsian ringkas itu jelas mengundang perhatian rakan selebriti dan juga warganet yang rata-ratanya terhibur dengan pengakuan jujur pelakon tersebut.







