Uqasha Senrose Nafi Halang Kamal Adli Jumpa Anak

Uqasha Senrose Nafi Halang Kamal Adli Jumpa Anak


Pelakon Uqasha Senrose menafikan dakwaan kononnya dia menghalang suaminya, Kamal Adli untuk bertemu anak mereka, Hawra Uqaira.

Memetik mStar Online, Uqasha menerusi peguamnya berkata satu pertemuan antara Kamal dan anak mereka sudah dirancang sebelum ini serta tiada halangan untuk aktor itu berjumpa Hawra.

BACA: “4 Tahun Saya Beri Peluang Untuk Dia Berubah Tapi Tak Berubah”

“Perkara ini dibincangkan bersama adik Uqasha. Mereka dibawa berjumpa di satu kedai kopi. Bukannya terjumpa, bukannya tak sengaja, bukannya tidak dirancang, ia memang dirancang untuk berjumpa dengan anak tersebut.

“Jadi dakwaan tak bagi jumpa anak itu tidak betul. Hakikatnya, Kamal memang dah jumpa anak pada hari itu,” katanya.

Difahamkan, peguam mewakili Uqasha memberi penjelasan selepas Kamal mendakwa dia bertemu anaknya secara tidak sengaja pada 10 November lalu.

Dalam pada itu, peguam berkata Uqasha memahami tanggungjawab Kamal sebagai bapa kepada anak mereka dan tidak akan memutuskan hubungan bapa dengan anak.

Sementara itu, Uqasha menegaskan serta memberitahu bahawa Kamal dibenarkan untuk berjumpa anak mereka bila-bila masa.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top