Uqasha Senrose Nekad Teruskan Cerai

Uqasha Senrose Nekad Teruskan Cerai


Pelakon Uqasha Senrose kekal dengan pendiriannya untuk meneruskan prosiding perceraian terhadap suaminya aktor, Kamal Adli.

Memetik mStar Online, peguam syarie yang mewakili Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian berkata anak guamnya mahu memberi ruang kepada proses mahkamah berjalan seperti biasa sebelum sebarang keputusan dibuat.

BACA:Kes Cerai Tangguh Lagi, Peguam Uqasha Senrose Tarik Diri

“Setakat ini, kita nak teruskan dulu prosiding ini dan lihat bagaimana perkembangannya nanti. Kalau ada kebaikan, saya harap masyarakat serta netizen dapat sama-sama mendoakan yang terbaik.

“Tiada siapa berkahwin dengan niat untuk bercerai, moga ada kebaikan yang boleh kita cari dalam kes ini,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya sama ada mahu mempertahankan rumah tangga yang dibina, Uqasha enggan memberikan sebarang komen sebaliknya menyerahkan semuanya kepada peguam.

“Terima kasih untuk soalan itu. Saya serahkan semuanya kepada peguam saya,” katanya.

Dalam pada itu, peguam Uqasha turut mengharapkan agar kedua-dua pihak diberikan petunjuk terbaik dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

“Kita doakanlah yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Moga ada sinar kebaikan, sama ada ke arah perdamaian atau keputusan lain selepas ini. Kita tunggu prosiding seterusnya,” katanya.

Sumber: mStar Online

“Kita doakanlah yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Moga ada sinar kebaikan, sama ada ke arah perdamaian atau keputusan lain selepas ini. Kita tunggu prosiding seterusnya,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top