Uruguay pilih Malaysia untuk dua aksi persahabatan Oktober

Uruguay pilih Malaysia untuk dua aksi persahabatan Oktober


Nunez antara pemain dijangka memperkuatkan cabaran Uruguay dalam dua perlawanan persahabatan di Malaysia pada 10 dan 13 Oktober.

SKUAD kebangsaan Uruguay bakal mengadakan dua perlawanan persahabatan di Malaysia pada 10 dan 13 Oktober 2025, sekali gus membuka peluang kepada peminat tempatan untuk menyaksikan kelibat bintang dunia beraksi.

Pasukan kendalian jurulatih dari Argentina, Marcelo Bielsa dijadual menentang Republik Dominican di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Oktober, sebelum bertemu Uzbekistan di Stadium Hang Jebat, Melaka, tiga hari kemudian.

Antara tonggak yang dijangka menyertai skuad La Celeste ialah pemain tengah Real Madrid, Federico Valverde; penyerang Darwin Núñez yang kini bersama Al-Hilal selepas meninggalkan Liverpool serta Manuel Ugarte dari Manchester United.

Menurut wakil penganjur tempatan, Datuk K S Lai, kunjungan Uruguay ke negara ini merupakan satu penghormatan besar buat rantau ini.

“Ini bukan sekadar perlawanan persahabatan tetapi detik bersejarah untuk bola sepak Malaysia dan ASEAN.

“Uruguay memilih Malaysia kerana semangat luar biasa peminat bola sepak di rantau ini. Kami mahu semua penyokong menjadi sebahagian daripada malam bersejarah ini,” katanya.

Ringkasan AI

  • SKUAD kebangsaan Uruguay akan bermain dua perlawanan persahabatan di Malaysia pada 10 dan 13 Oktober 2025
  • Perlawanan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Hang Jebat, Melaka
  • Antara pemain yang dijangka turut serta ialah Federico Valverde, Darwin Núñez, dan Manuel Ugarte
  • Datuk K.S. Lai menyatakan kunjungan Uruguay sebagai penghormatan besar untuk rantau ini
  • Ini dianggap detik bersejarah untuk bola sepak Malaysia dan ASEAN



Source link

OR

Scroll to Top