Uruguay tempang jumpa Arab Saudi, Araujo tersisih Gimenez di bangku simpanan

Uruguay tempang jumpa Arab Saudi, Araujo tersisih Gimenez di bangku simpanan


Miami: Uruguay memulakan kempen Piala Dunia 2026 tanpa dua tonggak pertahanan apabila bek tengah berpengalaman, Jose Maria Gimenez, hanya memanaskan bangku simpanan manakala Ronald Araujo tidak tersenarai dalam skuad ketika berdepan Arab Saudi dalam aksi pembukaan Kumpulan H, awal pagi tadi.

Jurulatih Uruguay, Marcelo Bielsa sebelum ini mengesahkan Gimenez sudah pulih daripada kecederaan buku lali, namun pertahanan berusia 31 tahun itu masih perlu menunggu untuk mencatat penampilan ke-100 bersama skuad kebangsaan.

Lebih merisaukan, Uruguay turut kehilangan khidmat pertahanan Barcelona, Ronald Araujo, yang diketepikan selepas mengalami koyakan otot ketika sesi latihan.

Ketiadaan dua pemain utama itu menyaksikan Bielsa mempertaruhkan gandingan Sebastian Caceres dan Mathias Olivera di bahagian pertahanan tengah bagi mengekang ancaman Arab Saudi.

Bagaimanapun, Uruguay masih menurunkan barisan tengah terbaik diketuai Manuel Ugarte, Rodrigo Bentancur dan Federico Valverde yang diharap mampu mengawal rentak permainan.

Di jentera serangan, Darwin Nunez diberi kepercayaan untuk mengetuai cabaran bersama Federico Vinas.

Arab Saudi pula mempertaruhkan pengalaman kapten Salem Al Dawsari yang membuat penampilan ketiga di pentas Piala Dunia.

Skuad The Green Falcons menggunakan sistem lima pertahanan yang diketuai bek Lens, Saud Abdulhamid, satu-satunya pemain dalam skuad yang beraksi di luar liga domestik Arab Saudi.

Kesebelasan utama:

Arab Saudi: Mohammed Alowais; Abdulelah Alamri, Hassan Altambakti, Saud Abdulhamid, Moteb Alharbi, Mohammed Abu Alshamat; Musab Aljuwayr, Abdullah Alkhaibari, Mohamed Kanno; Salem Al Dawsari (kapten), Feras Albrikan.

Uruguay: Fernando Muslera; Sebastian Caceres, Guillermo Varela, Mathias Olivera, Matias Vina; Manuel Ugarte, Rodrigo Bentancur (kapten), Federico Valverde, Maxi Araujo; Darwin Nunez, Federico Vinas.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top