Usah cerita tiga perkara berikut, bimbang undang dengki

Usah cerita tiga perkara berikut, bimbang undang dengki


MEMANG menjadi kebiasaan manusia gemar berkongsi kisah kejayaan, pencapaian mahupun nikmat yang dimiliki.

Namun, tanpa disedari, sikap terlalu terbuka itu boleh menimbulkan rasa iri hati dan mengundang penyakit hati dalam kalangan orang lain.

Pendakwah, Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi mengingatkan umat Islam agar lebih berhati-hati dalam hal itu.

USTAZ JAFRI

Jelas beliau, terdapat tiga perkara utama yang ulama menegah untuk diceritakan kepada orang lain kerana ia boleh membuka ruang kepada kedengkian manusia.

Ia termasuklah umur, harta dan kejayaan keluarga.

Menurut beliau, umur adalah perkara yang sepatutnya tidak ditonjolkan kerana ia boleh menimbulkan salah anggapan orang terhadap seseorang, walaupun dia seorang yang alim dan berilmu.

“Kalau dia muda, orang akan kurang hormat kepadanya walaupun dia hebat.

“Kalau dia tua pula, orang akan rasa dia lemah, sedangkan dia masih mampu bekerja,” jelasnya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Ustaz Jafri mengingatkan agar umat Islam tidak mendedahkan atau menunjuk-nunjuk harta yang dimiliki.

“Beli kereta tunjuk kepada orang, tunjuk duit banyak-banyak kepada orang.

“(Semua itu) Nabi Muhammad SAW tak bagi, ulama pun tak beri tunjuk. Sebab apa? Sebab ia mengundang kedengkian manusia. Bukan semua orang suka,” tuturnya.

PENDEDAHAN berlebihan tentang keluarga boleh membuka ruang kepada penyakit ‘ain iaitu penyakit rohani yang sangat berbahaya dan sukar diubati. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA

PENDEDAHAN berlebihan tentang keluarga boleh membuka ruang kepada penyakit ‘ain iaitu penyakit rohani yang sangat berbahaya dan sukar diubati. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA

Beliau menjelaskan, sikap suka bermegah dengan harta hanya akan menimbulkan rasa tidak senang orang lain, malah boleh mencetuskan dosa akibat sifat iri hati.

Pada masa sama, agamawan itu mengingatkan agar kita jangan terlalu ghairah menceritakan tentang kebahagiaan rumah tangga atau pencapaian anak-anak.

“Anak dapat ini, anak dapat itu, terus-terus cerita kepada orang. Buat kenduri kesyukuran.

“Pasal apa? Pasal ada lagi dalam kalangan manusia yang dengki,” ujar beliau.

Ustaz Jafri menegaskan, pendedahan berlebihan tentang keluarga boleh membuka ruang kepada penyakit ‘ain iaitu penyakit rohani yang sangat berbahaya dan sukar diubati.

“(Penyakit) ‘Ain ini berlaku bila seorang itu takjub dengan orang, hatta anak dia sendiri. Dia tengok anak dia, ‘eh comelnya anak aku ni’, ‘lawanya anak aku ni’. Dia seronok dengan anak dia, anak dia boleh kena ‘ain,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top