Usah mudah bidaah pihak lain yang tidak sependapat

Usah mudah bidaah pihak lain yang tidak sependapat


Definisi bidaah sesat sebagai perkara yang tidak dibuat oleh Nabi SAW semata-mata merupakan definisi sempit yang sering menimbulkan pelbagai konflik.

Definisi yang sering dicanang golongan ekstremis agama ini sudah dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang mudah mendorong mereka kepada pendekatan ekstrem iaitu menggunakannya untuk membidaahkan pihak lain yang tidak sependapat dengan mereka dalam isu khilafiyyah.

Definisi terbabit secara tidak langsung mengeluarkan perkara yang mempunyai keizinan am sama ada daripada Allah SWT mahupun Rasul-Nya SAW. Juga mengeluarkan perkara yang tidak menyalahi petunjukal-Quran dan sunnah, meskipun tidak dilakukan Nabi SAW.

Sedangkan, perkara yang mempunyai keizinan am serta tidak menyalahi petunjuk al-Quran dan sunnah, belum dianggap sebagai bidaah sesat menurut jumhur ulama.

Terlalu banyak isu furuk yang boleh dikaitkan dengan perkara ini. Lantaran itu, majoriti ulama Islam yang berselisih pendapat dalam perkara furuk tidak membidaahkan antara satu sama lain, apatah lagi menghina, mengejek dan mencaci maki.

Namun, akhir zaman ini memperlihatkan situasi sebaliknya. Banyak perkara khilafiyyah yang tidak pernah dibidaahkan oleh ulama sebelumnya, kini dibidaahkan, malah dihina dan diejek oleh golongan ekstremis yang mengaku mengikut sunnah ini.

Seolah-olah adab sudah tidak penting lagi bagi mereka serta halal menghina dan mencaci orang yang tidak mengikut fahaman mereka.

Misalnya, isu zikir ‘Hu’ (Dia) diketahui termasuk dalam isu yang diperselisihkan oleh ulama. Antara ulama yang melarangnya ialah Ibnu Taimiyyah (wafat 728H). Kata beliau dalam Majmu’ al-Fatawanya: “Ad a p u n membataskan zikrullah kepada nama mufrad (bersendirian), sama ada secara zahir (iaitu Allah) atau implisit (iaitu Hu), maka ia tiada mempunyaiDefinisi yang sering dicanang golongan ekstremis agama ini sudah dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang mudah mendorong mereka kepada pendekatan ekstrem iaitu menggunakannya untuk membidaahkan pihak lain yang tidak sependapat dengan mereka dalam isu khilafiyyah.

Definisi terbabit secara tidak langsung mengeluarkan perkara yang mempunyai keizinan am sama ada daripada Allah SWT mahupun Rasul-Nya SAW. Juga mengeluarkan perkara yang tidak menyalahi petunjukal-Quran dan sunnah, meskipun tidak dilakukan Nabi SAW.

Sedangkan, perkara yang mempunyai keizinan am serta tidak menyalahi petunjukal-Quran dan sunnah, belum dianggap sebagai bidaah sesat menurut jumhur ulama.

Terlalu banyak isu furuk yang boleh dikaitkan dengan perkara ini. Lantaran itu, majoriti ulama Islam yang berselisih pendapat dalam perkara furuk tidak membidaahkan antara satu sama lain, apatah lagi menghina, mengejek dan mencaci maki.

Namun, akhir zaman ini memperlihatkan situasi sebaliknya. Banyak perkara khilafiyyah yang tidak pernah dibidaahkan oleh ulama sebelumnya, kini dibidaahkan, malah dihina dan diejek oleh golongan ekstremis yang mengaku mengikut sunnah ini.

Seolah-olah adab sudah tidak penting lagi bagi mereka serta halal menghina dan mencaci orang yang tidak mengikut fahaman mereka.

Misalnya, isu zikir ‘H u'(Dia) diketahui termasuk dalam isu yang diperselisihkan oleh ulama. Antara ulama yang melarangnya ialah Ibnu Taimiyyah (wafat 728H). Kata beliau dalam Majmu’ al-Fatawanya: “Adapun membataskan zikrullah kepada nama mufrad (bersendirian), sama ada secara zahir (iaitu Allah) atau implisit (iaitu Hu), maka ia tiada mempunyai asalnya. Apatah lagi dianggap termasuk daripada zikir golongan khas dan arifin. Bahkan, ia adalah wasilah kepada pelbagai jenis bidaah dan kesesatan”.

Namun, kekuatan gaya bahasa beliau sering mengaburi mata pengikutnya. Padahal, jika diteliti lebih lanjut pandangan beliau sebenarnya agak keras dan berlebih-lebihan.

Ini kerana tidak sedikit ulama sebelumnya yang sudah menjelaskan bahawa asalnya adalah diambil daripadaal-Quran. Malah, ia termasuk daripada zikir golongan khas ahli sufi dan arifin, sebagaimana yang dapat dirujuk kepada penjelasan Imam al-Qusyairi(wafat 465H) dalam Syarh Asma’ Allah al-Husna, Imam Abual-Futuh al-Ghazali (wafat 520H) dalam at-Tajrid fi Kalimahat-Tauhid, Imam Fakhruddin ar-Razi (wafat 606H) dalam Mafatih al-Ghaib, Imam Ibnu’At a’illah as-Sakandari (wafat 709H) dalam al-Qasdal-Mujarrad fi Ma’rifat al-Ism al-Mufrad dan sebagainya.

Bagaimanapun, amat mendukacitakan baru-baru ini seorang agamawan berpangkat professor secara terbuka menghina secara tidak langsung ulama sufi yang berzikir ‘Hu’ dan menyamakannya dengan suara monyet.

Kenyataannya jelas melampaui batas dan tidak menghormati ulama sufi yang mengamalkan zikir terbabit berdasarkan berbagai dalil dan ulasan muktabar. Antaranya, banyak dalil al-Quran seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Dia-lah Tuhanku, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nyalah aku berserah diri dan kepada-Nyalah tempat kembaliku ( ar – Ra’d: 30). Firman-Nya: “Katakanlah: Hanyasanya Dia-lah sahaja Tuhan yang Maha Esa”( a l -A n’am: 19).

Manakala dalil hadis, daripada A sma’binti Yazid RA katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Nama Allah yang teragung (al-ismual-a’zam) ada pada dua ayat ini, iaitu: “Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Men g a s i h a n i” (al-Baqarah: 163) dan ayat permulaan Al ‘Imran: “Alif laam miim. Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Hidup, lagi Maha kekal mentadbir makhluk-Nya” (Al ‘Imran: 1-2).” (Hadis Riwayat Abu Dawud, at-Tirmizi, katanya: Hasan sahih)

Jika diperhatikan, kita dapati nama yang berulang dalam kedua-dua ayat terbabit ialah kalimah ‘Hu’. Istinbat ini menjadi sandaran sebahagian ulama yang menyatakan bahawa Hu adalah al-ismu al-a’zam dan hujah bagi ulama sufi atas keharusan berzikir dengan lafaz Hu .

Pengamalan mereka pula hakikatnya bukan dibuat secara sesuka hati dan boleh berzikir ‘H u’pada bila-bila masa. Sebaliknya, ia mesti mengikut tertib dan adabnya. Dimulai terlebih dahulu dengan zikir ‘La ilaha illallah’, diikuti zikir ismuz Zat ‘A llah’, kemudian baru zikir ‘H u’sebagai kemuncaknya.

Isu khilafiyyah sebegini sepatutnya tidak sampai kepada tahap menghina dan mencaci. Justeru, pihak berkuasa agama disaran supaya sentiasa memantau golongan ekstrem ini.

Kita khuatir jika demikian perangai sesetengah agamawan mereka, maka bagaimana pula agaknya dengan perangaip en g i k u t n y a?

Bak kata peribahasa Melayu, ‘guru kencing berdiri, murid kencing berlari.’

Penulis Ketua Unit Hadisdi Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Universiti Islam Selangor (UIS)

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top