Usaha bendung isu 3R, kerajaan mungkin pinda, gubal undang-undang lebih tegas

Usaha bendung isu 3R, kerajaan mungkin pinda, gubal undang-undang lebih tegas


Kerajaan sedang meneliti kemungkinan meminda atau menggubal undang-undang yang lebih tegas bagi menangani isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) susulan tindakan segelintir pihak yang dilihat tidak mengendahkan peruntukan undang-undang sedia ada.

Memetik laporan daripada Berita Harian, perkara itu dimaklumkan Jurucakap Kerajaan merangkap Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil selepas mesyuarat Kabinet yang membincangkan beberapa isu sensitif yang dilaporkan termasuk di media sosial.

Menurut Fahmi, mesyuarat Kabinet berpandangan tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa sekiranya terdapat unsur yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat, selain meneliti sama ada wujud kelompangan dalam undang-undang sedia ada.

“Jemaah Menteri memutuskan tindakan yang tegas perlu diambil sekarang oleh pihak berwajib termasuk Peguam Negara.
“Pada masa sama, sekiranya wujud sebarang kelompangan dalam undang-undang sedia ada, yang memungkinkan tindakan penguatkuasaan awal seperti membabitkan penahanan tidak diendahkan oleh pihak tertentu, maka ia wajar dikaji.
“Tindakan mengkaji semula dan meminda atau menggubal Rang Undang-Undang baharu supaya isu ini dapat ditangani dengan lebih tuntas,” katanya.

Artikel lain: Ramanan dakwa wujud ‘ejen’ sengaja cetus provokasi 3R, akan bawa ke kabinet esok

Terdahulu, media melaporkan Menteri Sumber Manusia, R Ramanan akan membawa isu berkaitan individu yang didakwa bertindak sebagai ejen provokasi perkauman dan agama ke Mesyuarat Kabinet.

Dalam masa sama, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim turut menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam provokasi berkaitan agama dan kaum tanpa mengira latar belakang atau kedudukan individu berkenaan.

Sumber: Berita Harian (Rafidah Mat Ruzki)





Source link

OR

Scroll to Top