'Usaha pemerkasaan belia perlu lebih kreatif'

'Usaha pemerkasaan belia perlu lebih kreatif'

'Usaha pemerkasaan belia perlu lebih kreatif'


mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi di Putrajaya, hari ini.

Perkongsian Farhan di Instagram menarik perhatian ramai. Disamping berkongsi beberapa gambar Farhan menyatakan perasaan gembira dan bersyukur menerima kunjungan sahabatnya pada hari Jumaat yang penuh berkat.

“Pertemuan ini kami manfaatkan dengan bertukar pandangan dan nasihat, khususnya dalam mencari pendekatan yang lebih segar untuk mendekati anak muda.

“Kami senada bahawa usaha pemerkasaan belia perlu lebih kreatif dan seiring dengan zaman dalam menarik minat mereka menyertai aktiviti-aktiviti sihat yang bukan sahaja bermanfaat, tetapi juga membentuk jati diri yang kukuh.

“Semoga usaha ini dapat memperkasakan syiar Islam dalam kita melangkah menuju bulan Ramadan tidak lama lagi, serta terus menyuburkan semangat Malaysia MADANI di kalangan masyarakat,” tulisnya.

Terdahulu Farhan sering memainkan peranan mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyantuni golongan penggiat seni yang sakit dan bernasib malang menerusi sumbangan bantuan yang dihulurkan.

Sementara Riz yang juga suami kepada usahawan dan selebriti terkenal Neelofa aktif menjalani pelbagai program ilmu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top