July 23, 2024

Usaha selesai masalah haiwan ternakan terbiar dipuji

Usaha selesai masalah haiwan ternakan terbiar dipuji


– Advertisement –

DEWAN Ulamak PAS Perak mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah haiwan ternakan terbiar atas faktor keselamatan pengguna jalanraya.

– Advertisement –

Nabi SAW telah bersabda:

‏ لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

Maksudnya: “Tidak boleh memudharatkan dan tidak boleh membalas mudharat dengan mudharat.” (Riwayat Ibn Majah)

Kaedah fiqh ada menyebut;

الضَّرَرُ يُزَال

Maksudnya: “Kemudharatan itu dielakkan.”

Bahkan, di dalam Maqasid Syari’ah telah menetapkan keutamaan penjagaan nyawa حفظ النفس . Untuk merealisasikan matlamat ini, perlulah digazetkan undang-undang dan pelaksanannya untuk memelihara keselamatan nyawa.

Antara yang berkaitan dalam konteks ini contohnya Akta Kerajaan Tempatan 1976 Undang-Undang Kecil Pelesenan Haiwan Ternakan dan Haiwan Merayau (Majlis Bandaraya Ipoh) 2014.

Dalam hadis yang lain, Nabi SAW menjelaskan secara spesifik;

مَنْ وَجَدَ دَابَّةً قَدْ عَجَزَ عَنْهَا أَهْلُهَا أَنْ يَعْلِفُوهَا فَسَيَّبُوهَا فَأَخَذَهَا فَأَحْيَاهَا فَهِيَ لَهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang menjumpai seekor haiwan yang mana pemiliknya tidak mampu menjaganya dan membiarkan ia maka boleh untuk dia mengambilnya dan menjaganya maka haiwan tersebut akan menjadi miliknya.” (Riwayat Abu Daud)

Justeru, berdasarkan hadis dan kaedah feqah yang dikemukakan, pihak berkuasa dibenarkan untuk menangkap haiwan-haiwan ternakan yang dibiarkan, dan tidak terjaga.

Teknikal pengurusan haiwan-haiwan terbabit terserah kepada pihak berkuasa selagimana berada di atas landasan syara’. Contohnya haiwan yang ditangkap tadi boleh dipusatkan di satu ladang khusus di bawah Jabatan Pertanian, atau sebagainya.

USTAZ IBRAHIM ZAKARIA
Ketua
Dewan Ulamak PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 9/7/2024

– Advertisement –



Source link

OR

Scroll to Top