Usahawan tempatan berpeluang ke Oxford bersama Unifi Business

Usahawan tempatan berpeluang ke Oxford bersama Unifi Business


KUALA LUMPUR: Usahawan tempatan kini berpeluang menjejakkan kaki ke pentas global apabila Unifi Business melancarkan peraduan eksklusif bersempena Hari Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2025 menerusi kempen #UnifiBusinessTakeMeToOxford.

Peraduan ini terbuka kepada semua usahawan PMKS di seluruh negara bermula 23 Jun 2025 hingga 31 Julai 2025. 

Ia bukan sekadar pertandingan tetapi peluang luar biasa untuk dua usahawan bertuah mengikuti program kepimpinan dan keusahawanan LEAP selama seminggu di University of Oxford, United Kingdom. 

Kos pengangkutan dan penginapan ditanggung sepenuhnya dengan nilai keseluruhan melebihi RM20,000.

Untuk menyertai, peserta hanya perlu melanggan mana-mana pelan Unifi Business dan mempromosikan perniagaan mereka di media sosial menggunakan tanda pagar #SapotLokal, #BelanjaDiSME dan #UnifiBusinessTakeMeToOxford.

Latihan kepimpinan bertaraf dunia

Program LEAP atau Leadership and Entrepreneurship Acceleration Programme di Oxford direka khusus untuk melatih usahawan masa depan melalui bengkel intensif, sesi bimbingan dan projek praktikal. 

Ia memberi pendedahan global serta peluang membina rangkaian bersama pemimpin industri dari seluruh dunia.

Selain dua hadiah utama, seramai 150 pemenang lain akan menerima pelbagai hadiah menarik termasuk sesi eksklusif bersama usahawan digital terkenal Malaysia, Pinn Yang, serta bundle Go Bookit lengkap bersama telefon pintar 5G secara percuma.

Solusi digital baharu buat usahawan mikro

Bersempena sambutan bulan PMKS, Unifi Business turut memperkenalkan Go Bookit iaitu sistem janji temu digital yang membantu usahawan mikro mengurus pelanggan dengan lebih mudah. 

Ia sesuai untuk perniagaan seperti jurumekap, juruteknik, pemilik salon dan lain-lain perkhidmatan berasaskan temu janji.

Go Bookit ditawarkan bersama pelan UNI5G Business 99 pada harga RM99 sebulan lengkap dengan telefon pintar Samsung Galaxy A16 5G secara percuma. 

Bagi yang inginkan pelan lebih asas, pelan mudah alih UNI5G Business 69 turut disediakan dengan satu talian perniagaan dan penyelesaian Go Bookit pada hanya RM69 sebulan.

Sambutan Hari PMKS 2025 akan turut dimeriahkan dengan jelajah ke tiga lokasi di Pantai Timur iaitu Pasar Besar Siti Khadijah di Kota Bharu pada 23 Jun 2025, Bazar Serambi Teruntum di Kuantan pada 12 Julai 2025, dan Pasar Kedai Payang 1 di Kuala Terengganu pada 16 Julai 2025

Dengan pelbagai tawaran menarik dan peluang bertaraf antarabangsa, Unifi Business terus komited menjadi rakan digital pilihan utama dalam memperkasa usahawan PMKS di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, klik sini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top