Usia Paez bukan halangan buat Jojo

Usia Paez bukan halangan buat Jojo


Jojo (kiri) akan bertarung menentang Paez dalam ONE Fight Night 32 di Bangkok pada Sabtu ini.

JAGUH muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo, bersedia sepenuhnya untuk menentang petarung berpengalaman Amerika-Colombia, Diego Paez dalam aksi ONE Fight Night 32 yang dijadual berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada Sabtu ini.

Meskipun baru berusia 18 tahun, Johan tidak menjadikan jurang usia 13 tahun sebagai alasan untuk tunduk kepada lawan.

Malah, Johan yakin dengan persiapan rapi yang telah dijalani sepanjang kem latihan di Bangkok.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tiada kecederaan, tiada masalah kesihatan. Saya bersedia 100 peratus untuk memberi yang terbaik buat Malaysia,” kata Johan yang kini mencatat enam kemenangan daripada lapan perlawanan dalam ONE Championship, termasuk lima menerusi TKO.

Dalam pada itu, Johan turut menyeru seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaannya dalam pertarungan penting itu.

“Saya akan berjuang bukan sahaja untuk diri saya, tapi juga untuk Malaysia. Insya-ALLAH, saya akan buktikan Malaysia boleh!” ujarnya.

Sementara itu, Diego Paez yang tewas kepada Sean Climaco pada ONE Fight Night 28 secara split decision, mengakui pertarungan menentang Johan bakal menjadi ujian sebenar dari segi fizikal dan mental.

“Jojo bukan lawan yang mudah. Dia adalah antara bakat muda paling menyerlah dalam muay thai sekarang.

“Saya teruja dan bersedia untuk bertarung dengan penuh semangat,” kata petarung berusia 31 tahun itu.



Source link

OR

Scroll to Top