Usrah tunjang kekuatan jemaah – Ustaz Nushi

Usrah tunjang kekuatan jemaah – Ustaz Nushi


– Advertisement –

HULU LANGAT: Walaupun PAS berdaftar sebagai parti politik memperjuangkan Islam dalam berkerajaan, ia tetap sebuah jamaah atau harakah Islamiah di mana adab dan akhlak kekal sebagai tunjang yang mesti selari dengan ajaran Islam.

– Advertisement –

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nushi Dato’ Mahfodz berkata, akidah perjuangan PAS adalah syahadah itu sendiri sebagai asas dan nadi perjuangan yang mengikat perjalanannya dalam usaha memartabatkan kesyumulan Islam.

“Oleh itu, PAS menegaskan tiga teras utama, tarbiyah, dakwah, dan siasah dalam mendidik ahli terhadap pentingnya perjuangan serta membentuk kesatuan fikrah sebagai gerakan dakwah, bukan sekadar parti politik.

“Tarbiyah yang kukuh sebagai asas gerak kerja, insya-Allah, akan mampu melahirkan ahli yang berusaha melaksana kerja dakwah hingga ke peringkat siasah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Semenyih, menyatakan perkara ini dalam hantaran di laman Facebook miliknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah, saya bersyukur diberi kesempatan menghadiri Usrah sulung PAS cawangan Taman Tasik Semenyih, cawangan bongsu PAS Kawasan Hulu Langat (setakat ini), yang mula digerakkan sejak PRN ke-15 yang lalu.

“Saya mulakan usrah dengan marhalah ta’arif yang menekankan soal kenapa kita perlu berintima’ (komited) dengan gerakan Islam,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pimpinan PAS dan ahli Cawangan Taman Tasik Semenyih yang komited mengusahakan gerak kerja tarbiyah di peringkat cawangan walaupun masih baru.

“Semoga usaha dan semangat ini berterusan dan dapat melahirkan lebih ramai ahli yang bersama menggerakkan agenda dakwah di sini,” katanya dalam hantaran itu. – HARAKAHDAILY 3/10/2024

– Advertisement –



Source link

OR

Scroll to Top