July 23, 2024

Ustaz Abdul Somad terima Anugerah Murabbi Nusantara

Ustaz Abdul Somad terima Anugerah Murabbi Nusantara



am@hmetro.com.my

Melaka: Pendakwah Indonesia, Ustaz Abdul Somad menerima Anugerah Murabbi Nusantara sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri, malam ini.

Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu disampaikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada sambutan yang diadakan di Stadium Hang Jebat.

Anak kelahiran Asahan, Sumatera Utara, Indonesia berusia 47 tahun itu menerima setanjak dan sijil penghargaan.

Hadir pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azhar Arshad; Exco Kanan negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abd Razak Abd Rahman dan Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Datuk Mohd Efendi Omar.

Sementara itu, bekas Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, Datuk Dr Mizan Hitam diumumkan sebagai penerima Anugerah Abu Bakar As-Sidiq (Tokoh Maal Hijrah) yang membawa pulang RM10,000, pingat dan selempang anugerah serta sijil.

Seramai 13 individu pula diumum penerima anugerah dalam pelbagai kategori yang menyaksikan setiap penerima membawa pulang wang tunai RM3,000, pingat anugerah serta sijil penghargaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top