Ustazah Asma Puji Tindakan Berani Turunkan MV Dolla

Ustazah Asma Puji Tindakan Berani Turunkan MV Dolla


Pendakwah Ustazah Asma menghargai tindakan Universal Music Malaysia menurunkan muzik video terbaru kumpulan Dolla daripada semua platform digital.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ustazah Asma turut mengucapkan terima kasih kepada syarikat rakaman berkenaan kerana memilih menghormati sensitiviti masyarakat.

BACA: “Dolla Tolonglah Berubah..Makin Ghairah, Memalukan” 

“Terima kasih kerana memilih jalan yang menghormati sensitiviti masyarakat dan imej negara. Saya ingin menyatakan penghargaan dan rasa hormat saya kepada Universal Music Malaysia atas tindakan menurunkan muzik video tersebut daripada semua platform digital.

“Keputusan dan tindakan ini bukan mudah, ia melibatkan kos produksi yang besar, masa, tenaga dan kerugian yang bukan sedikit. Namun pihak syarikat tetap memilih untuk mendengar suara rakyat Malaysia dan bertindak dengan penuh integriti,” tulisnya.

Sementara itu, Ustazah Asma berharap langkah tersebut menjadi contoh kepada syarikat produksi dan artis lain agar lebih sensitif dalam menghasilkan konten. 

“Semoga langkah terhormat ini menjadi contoh kepada Syarikat Produksi dan Para Artis lain yang menjadi perhatian dan kebimbangan masyarakat,” katanya,






Source link

OR

Scroll to Top