Uyaina Arshad Dedah Pernah Disuruh Ke Kelab Malam, Pegang Botol Arak Demi Cipta Kontroversi – “Nasib Baik Saya Tak Bodoh” 

Uyaina Arshad Dedah Pernah Disuruh Ke Kelab Malam, Pegang Botol Arak Demi Cipta Kontroversi – “Nasib Baik Saya Tak Bodoh” 


Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya turut pernah diminta untuk mencipta kontroversi ketika awal memasuki industri dunia hiburan.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Uyaina atau nama lengkapnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, mendedahkan dia berdepan situasi yang lebih teruk apabila segelintir pihak dalam industri memintanya ke kelab malam.

“Adriana, waktu saya mula-mula masuk industri pun saya disuruh buat benda sama (kontroversi). Tetapi saya lebih teruk.

“Dia (orang industri) suruh pergi kelab malam, pegang arak dan ambil gambar. Kemudian sebarkan gambar itu hanya untuk cipta kontroversi.

“Saya bersyukur saya tak bodoh,” tulisnya ketika membalas luahan hati rakan selebriti, Adriana Adnan.

Dalam pada itu, Uyaina turut sempat menitipkan kata-kata sokongan kepada Adriana agar dia tidak putus semangat.

“Tak mengapa Adriana. Semua orang ada ruang, untuk tumbuh membesar dengan masa sendiri. Kita buat yang terbaik. Selebihnya itu adalah rezeki Tuhan

“Dan awak berada di jalan yang tepat sekarang. Teruskan. jangan menyerah. Saya beri sokongan kepada awak, sentiasa!,” katanya.

Sebelum ini, Adriana Adnan mencuri tumpuan apabila meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa dirinya sering diketepikan dalam industri hiburan meskipun sanggup melakukan apa sahaja demi menjayakan watak.

Artikel Berkaitan: Terlalu ‘Clean’ Sampai Disisih? Adriana Adnan Dakwa Industri Mahu Kontroversi, Bukan Bakat – “Kepada Yang Cari Kekurangan Saya, Semoga Berjaya”



Source link

OR

Scroll to Top