Setiap wanita yang bergelar ibu pastinya mempunyai kisah pengorbanan masing-masing yang tersendiri.
Dan pastinya ianya menjadi sejarah buat anak-anak untuk dikenang malah dijadikan contoh betapa hebat dan cekalnya jiwa seorang ibu. Sanggup berkorban demi anak-anak walau terpaksa korbankan kesenangan diri sendiri.
Pengacara, pelakon dan model terkenal Uyaina Arshad baru-baru ini berkongsi di Instagram peribadi tentang kisah pengorbanan ibunya, Siti Noor Farah Al-Wafa yang digelar Ummi.
Perkongsian itu bersempena hari istimewa iaitu Hari Ibu yang disambut pada 12 Mei setiap tahun. Tersentuh membaca coretan istimewa penuh ikhlas daripada seorang anak buat ibu tersayang.
“Bersempena dengan Hari Ibu pada hari ini, saya nak cerita tentang seorang wanita hebat dalam hidup saya.
“Ini adalah kisah ‘Ummi.’ “
Uyaina memulakan kisahnya dengan mengimbau latar belakang keluarganya sehinggalah ibunya bergelar ibu tunggal.
“Arwah Baba saya dulu adalah seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia. Dan Ummi adalah seorang surirumah. Mereka dikurniakan 4 orang anak; Attaful Uzair, Azameer Uzreem, Najla Umaira & Naseha Uyaina.
“Tahun 1998, Baba saya meninggal dunia dan pulang ke negeri abadi. Sejak itu, Ummi menjalani hidup sebagai seorang ibu tunggal dan harus membesarkan kami 4 beradik seorang diri.”
26 tahun berlalu, pelbagai cabaran dilalui oleh ibu Uyaina sebagai seorang ibu tunggal.
“Jerih-perih kehidupan, kesusahan, pengalaman yang mematangkan telah dilaluinya. Kalau dibukukan, mungkin beratus mukasurat.
“Tapi, Ummi berjaya. Tidak pernah sesekali mendabik dada, tetapi pencapaian 4 orang anaknya adalah kebahagiaan terbesarnya.
“Anak sulungnya, seorang doktor perubatan.
Anak keduanya, seorang juruterbang.
Anak ketiganya, seorang pendidik.
Anak keempatnya, penyeri di kaca tv”
Uyaina turut mendedahkan rahsia ibunya berjaya membesarkan anak-anak seorang diri walaupun tidak mewah.
“Selama kami 4 beradik dibesarkan, walaupun tidak mewah, tetapi segalanya serba cukup. Kesederhanaan yang mendewasakan.
“Apa yang pasti, Ummi beri kami 2 perkara.
“Yang pertama, ilmu agama. Dididiknya kami sebaiknya. Dan yang kedua, pendidikan. Dihantarnya kami belajar tinggi2. Mencapai segala impian peribadi.
“Dia ikat perut, bergolok gadai, pinjam sana sini. Tak apa. Asalkan anak2nya berjaya.
“Itulah hebatnya seorang Ummi.”
BACA JUGA: “I Makan Semua Benda Kecuali Nasi Kandar” Hamil Anak Ke-2 UYAINA Kongsi Kisah Mengidam
Pada tahun 2022, Uyaina sekeluarga sekali lagi diuji apabila abang sulungnya dijemput Illahi. Paling menyedihkan, ia berlaku tepat pada ulang tahun kelahiran ibunya yang ke-61 tahun.
“Suami & anak sulung, kedua2nya pergi pada usia yang sama. Berat ujian & liku kehidupan yang dilaluinya..
“Itulah kuatnya seorang Ummi.
“Terima kasih Ummi… Kerana mendedikasikan seluruh hidupmu demi membesarkan kami 4 beradik.
” ‘Anak2 yatim’ yang Ummi jaga dulu, kini giliran kami pula yang menjaga Ummi.
“Doa kami anak2 adalah supaya umurmu panjang.. Hidupmu diberkati.. Diberikan kesihatan yang baik.. Dapat beribadat untuk Tuhanmu.. Dan Berehatlah.. Bermainlah dengan cucu.. Berbahagialah dengan anak menantu..
“Kerana kelak, Syurga pasti menantimu.”
Selamat Hari Ibu, Ummi
@farahalwafa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata tersentuh dengan perkongsian Uyaina. Malah, tak kurang juga ada yang memuji kecantikan ibunya itu yang disifatkan awet muda.
“Ummi yang hebat.. tak terasa menitik baca.. semoga beliau senantiasa dalam lindungan Yang Maha Esa.. Stay healthy, pretty and blesed ummi”
“Masyallah cantiknya your mum”
“Patut la anak dia cantik..ibu dia cantikkkk sangat”
Hijabista mendoakan agar Ummi sentiasa di dalam rahmatNya dan dikurniakan kesihatan yang baik. Seterusnya ikatan kekeluargaan akan kekal sampai ke syurga.
Download seeNI sekarang!
Tiga hari lepas HIJABISTA ada menulis artikel mengenai hijabi Nazira yang sedang kritikal setelah diserang stroke. Saat itu, Nazira sedang dimasukkan ke hospital dan keadaannya tenat. Namun ternyata Tuhan lebih menyayangi dirinya apabila Nazira telah dijemput Ilahi selepas solat Isya’ (sebaik artikel berkenaan ditulis).
HIJABISTA menerima kiriman mesej dari kakaknya, Nurul Nabila memberitahu di laman sosial bahawa adiknya telah bertemu sang pencintaNya. Sebaik mengetahui dia sudah tiada, bertalu-talu kiriman takziah dan Al-Fatihah daripada kenalan di alam maya.
Bukan sahaja mesej Facebook Hijabista, status di twitter juga turut memberitahu Nazira sudah tiada.
Ternyata hasrat Nazira sebelum itu untuk kembali sembuh seperti sediakala tidak kesampaian. Walaupun punca sebenar stroke yang dialami tidak diketahui kerana arwah hanya tahu segalanya berubah, apabila jatuh hingga pengsan di tempat kerja.
Doktor juga memberitahu ada pendarahan di kepalanya hingga menyebabkan dia diserang stroke pada sebelah kanan.
Rata-rata netizen yang sejak dari awal mengikuti thread berkongsi kisahnya mengalami sakit berkenaan terkejut dengan kehilangannya.
Salam takziah dari netizen.
Semua mendoakan agar arwah Nazira di tempatkan di kalangan orang beriman dan bidadari syurga.
Ramai juga antara netizen yang baru mengenali Nazira turut terharu dengan semangatnya melawan penyakit yang dihadapi semasa hayatnya.
Artikel Berkaitan: Sebelum Kritikal Sempat Kongsi Pengalaman Diserang Stroke
Download seeNI sekarang!
Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Begitulah ungkapan yang sering dizahirkan oleh saudara baru tentang Islam. Mereka yang baru memeluk agama Islam ini seperti dilahirkan semula tanpa dosa dan seperti kain putih yang suci bersih.
Alhamdulillah, gembira rasanya setiap kali membaca kisah saudara kita yang baru memeluk agama Islam. Benarlah, hidayah itu datang dalam pelbagai cara. Seperti kisah seorang lelaki berusia 21 tahun ini, yang memilih untuk memeluk Islam selepas tersentuh dengan budi baik yang ditunjukkan oleh rakan-rakan Muslimnya.
Kisah penghijrahan dan pengalaman seorang lelaki yang bernama Muhammad Farhan ini telah turut dikongsikan dalam sebuah buku yang diterbitkan bertajuk A Reverent Journey: Masjid Omar Kampong Melaka: 1820-2020.
Menjadi sukarelawan di masjid
Menurut Berita Harian Singapura, Muhammad Farhan Yoong atau nama sebenarnya Yoong Chun Keat pada awalnya mendapat pendedahan awal mengenai agama Islam apabila sering menumpangkan rakan-rakan Perkhidmatan Negara (NS) daripada anggota polis Singapura ke masjid untuk menunaikan solat.
Ujar Farhan, dia mula mengenali keindahan Islam selepas penyelianya Fadzil Abdul Rahman(yang merupakan Setiausaha Masjid Omar Kampong Melaka pada waktu itu) memperkenalkannya kepada jemaah masjid hingga dia menurut serta menjadi sukarelawan masjid berkenaan.
Jemaah di masjid tersebut telah menerimanya dengan tangan terbuka dan penuh mesra. Semangat ukhuwah inilah yang membuatkan Muhammad Farhan sanggup menjadi sukarelawan masjid berkenaan dan mengembil bahagian dalam kerja kemasyarakatannya yang melibatkan membantu kelas Quran di kawasan perumahan Jalan Kukoh.
“Melihat teman Muslim saya membantu orang lain, saya menyedari melakukan kebaikan adalah sebahagian besar cara kehidupan masyarakat Islam.
“Mereka tidak mengasingkan agama daripada kehidupan, semuanya menjadi satu.
“Terdapat cara yang betul untuk melakukan perkara tertentu dan ia menjadi sebahagian hidup anda. Pendekatan sebegini adalah yang saya cari-cari. Justeru, saya menghadiri kursus agama dan akhirnya memeluk Islam,” memetik kata-katanya dalam buku yang telah diterbitkan.
Tambah Muhammad Farhan, dia tidak merasa kekok apabila dikelilingi oleh masyarakat Islam yang tidak penat menunjukkan kegigihan dalam membantu golongan yang memerlukan di flat perumahan sekitar Jalan Kukoh.
Selain itu, dia turut berkongsi bahawa dia turut membantu mengambil guru agama bagi kelas Al-Quran dari rumah ke masjid beserta membawa makanan untuk pelajar dan sebagainya.
“Kami bukan sahaja membantu orang Muslim. Kami juga mengusahakan agar warga emas daripada semua kaum mendapatkan pemeriksaan perubatan percuma. Kami juga mendidik mereka tentang isu seperti risiko terjatuh.
“Hotel Seacare berdekatan menyediakan lokasi untuk pemeriksaan perubatan ini. Mereka yang hadir termasuk jemaah Masjid Omar Kampong Melaka.
“Saya kini buat lebih daripada setakat kerja kemasyarakatan untuk masjid ini – segala yang saya buat mencorak hidup saya menjadi insan yang lebih baik,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Islam Akhirnya Membuka Jalan Dirinya Bertemu Ketenangan Hidup, Marcell Akui Sudah 12 Tahun Mualaf
Gambarkan diri sebagai seorang yang ‘optimistik’
Berkongsi mengenai latar belakang pendidikan, Farhan terdahulu bersekolah di sekolah swasta dan dibimbing guru-guru daripada latar belakang antarabangsa pada peringkat sekolah menengah dan posmenengah atas keinginan ibu bapanya yang mendapat pendidikan luar negara (bapanya lulusan institusi di United Kingdom manakala ibunya mendapat pendidikan di Australia).
Muhammad Farhan turut menggambarkan dirinya sebagai seorang yang mempunyai pemikiran terbuka dan seimbang dalam membantu menjadikan dunia tempat yang lebih baik.
“Kalau ada masalah, saya cuba sebaiknya menghuraikannya. Orang kata buat kesilapan itu baik (agar dapat belajar daripada kesilapan).
“Tetapi saya secara peribadi berasakan tidak baik pula kalau saya bikin silap. Jadi saya cuba elakkan kesilapan.
“Saya bersikap optimistik, rasanya. Saya selalu meninjau cara bagaimana perkara tertentu dapat dilakukan dengan lebih baik lagi,” tambahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Unik Dalam Perjalanan Rohani Mereka, 12 Selebriti Seberang Memilih Peluk Islam
Sekadar info, Farhan merupakan salah seorang belia yang telah menerima watikah pelantikannya sebagai anggota LPM Masjid Omar Kampung Melaka; masjid tertua di Singapura setelah 10 bulan memeluk islam.
Sumber: Berita Harian Singapura
Download seeNI sekarang!
Stres kerap berlaku daripada segi emosi dan juga fizikal seseorang. Desakan kehidupan mahupun tekanan membuatkan peristiwa yang berlaku pada diri mereka. Sama seperti orang lain, Elfira Loy juga mengalami keadaan yang sama. Baru-baru ini, Elfira Loy telah dimasukkan ke dalam hospital akibat stres.
Selebriti terkenal, Elfira Loy telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami tekanan. Tugas sebagai seorang selebriti bukan perkara yang mudah. Hari-hari anda akan menghadapi hari yang sibuk. Lebih-lebih lagi apabila Elfira Loy merupakan seorang ibu. Akibat tekanan terlalu penat bekerja, dia telah dikejarkan ke sebuah hospital pada hari Khamis lalu. Keadaan dirinyayang kurang stabil sejak kebelakangan ini sangat membimbangkan sehingga dia perlu mendapatkan rawatan doktor. Menurut Elfira Loy, dia berkemungkinan berdepan dengan simptom vertigo atau dikenali sebagai hilang kestabilan pada tubuh.
Artikel Berkaitan: Tak Boleh Berdiri Lama, Elfira Loy Minta Pendapat Netizen Cara Mudah Kemas Rumah Bagi Ibu Hamil!
“Simptom awal yang telah dikesan adalah saya rasa diri tidak stabil setiap lima ke sepuluh minit.
“Saya tetap meneruskan mesyuarat dan selepas itu pulang ke rumah ibu, barulah dia memberitahu perkara yang sebenar pada ibu.” Tulis Elfira di laman Instagramnya.
Apa yang membimbangkan apabila Elfira Loy tetap pergi bekerja seperti biasa dan malang tidak berbau dia telah melanggar cermin sisi kereta tanpa sedar. Dia juga ada berjumpa dengan doktor dan ternyata doktor menyatakan bahawa Elfira Loy terlampau banyak berfikir dan menyebabkan dia Vertigo. Bagi mereka yang tidak tahu Vertigo merupakan kondisi apabila anda mengalami simptom seperti pening, loya, minum, muntah, sakit kepala dan rasa tidak stabil ketika anda berjalan. Bukan itu sahaja.
Semasa Elfira sedang menunaikan solat Isyak dia berkata juga, perutnya seakan-akan cirit birit dan ketika dia sedang solat, terasa susah sangat untuk dia bernafas. Ini termasuk dengan dia termuntah dan sakit abdomen selepas solat. Sangat sukar buat Elfira untuk melakukan aktiviti harian sehingga menyebabkan dirinya muntah-muntah dan berasa tidak sedap badan. Apa yang Elfira lakukan, dia hanya memperbanyakkan tidur dan minum air kosong yang banyak. Elfira Loy juga berkata semasa tidur dia merasakan seperti dunia berputar dan dilanda ombak yang memyebabkan dia ingin rasa terjatuh.
“Saya rasa sangat takut kerana waktu itu saya masih pegang Aria,” Jelas Elfira Loy
Siapa sahaja tidak risau dengan keadaan tersebut sebab ada bayi di tangan. Elfira Loy bagaimanpun rasa sangat bersyukur kerana laporan kesihatan yang dia terima masih menunjukkan dirinya dalam keadaan terkawal dan baik-baik sahaja. Mungkin factor terlampau bekerja keras membuatkan dirinya rasa sedemikian. Selain daripada itu, Elfira Loy juga turut meminta agar semua peminat turut mendoakan kesihatannya supaya tidak perlu melakukan rawatan yang lebih lanjut.
“Nasib baik keputusan laporan kesihatan baik-baik sahaja,” kongsi Elfira
Artikel Berkaitan: Bakal Timang Bayi Perempuan, Elfira Loy Titip Rasa Syukur Ke Hadrat Illahi!
Menurut Elfira Loy, jika ianya berterusan dia perlu melakukan CT scan pada dirinya. Jujur daripada dirinya, tiada siapa yang ingin melakukan perkara itu. Oleh kerana itu, Elfira Loy meminta agar semua untuk berdoa buat dirinya. Ramai rakan artis juga turut mendoakan agar kesihatannya pulih dan menasihatkan Elfira Loy supaya lebihkan untuk fokus pada diri dan berehat sebanyak yang mungkin. Semoga Elfira Loy diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T.
Sumber: Instagram Elfira Loy
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!