Boulogne sur Mer: Pelumba Belanda, Mathieu van der Poel, muncul juara peringkat kedua Tour de France selepas menewaskan pencabar utama, Tadej Pogacar, dalam penamat pecut yang sengit, sebentar tadi.
Perlumbaan sejauh 209.1 kilometer itu menyaksikan kumpulan pelumba utama kekal bersama hampir sepanjang laluan sebelum berakhir dengan pecutan beramai-ramai ke garisan penamat, dengan van der Poel hanya mendahului Pogacar dalam foto penamat.
Pelumba Denmark, Jonas Vingegaard, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Perlumbaan turut mengalami kelewatan selama 15 minit di permulaan ekoran cuaca buruk yang menjejaskan logistik perlumbaan, menurut penganjur.
Kemenangan ini memberi amaran awal kepada pelumba pilihan bahawa Van der Poel sedia mencabar jersi kuning edisi kali ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd