Van Dijk nafi Liverpool berdepan krisis

Van Dijk nafi Liverpool berdepan krisis


Virgil van Dijk – Foto AFP

KAPTEN Liverpool, Virgil van Dijk menafikan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berada krisis berikutan keputusan seri 1-1 menentang Nottingham Forest pada Rabu.

Tandukan separuh masa kedua daripada pemain gantian Diogo Jota memastikan Liverpool mendapat mata berharga di The City Ground selepas gol awal dari Chris Wood.

Skuad Arne Slot itu kekal di puncak liga dengan kelebihan empat mata mengatasi Arsenal di tempat kedua, dengan satu perlawanan dalam tangan.

Keputusan seri itu juga menandakan kali keempat Liverpool kehilangan mata dalam tujuh perlawanan liga terakhir mereka, namun Van Dijk pantas menafikan Liverpool sedang berdepan masalah.

“Jadi kami dalam krisis sekarang? kata van Dijk dalam nada bergurau.

“Ia menunjukkan Liga Perdana adalah liga yang sangat sukar apabila anda bermain menentang lawan yang sangat bagus.

“Ia sentiasa sukar, sama dengan perlawanan (Manchester) United baru-baru ini dengan pengurus baharu mereka dan pelan permainan yang mereka tunjukkan terutamanya menentang pasukan lebih besar.

“Setiap perlawanan adalah sukar, kami perlu mencari jalan untuk menang dan saya fikir jika kami bermain seperti yang kami lakukan pada separuh masa kedua, maka saya sangat yakin kami akan menjaringkan gol juga seperti kami lakukan sepanjang musim,” katanya.

Liverpool dilihat berdepan kesukaran apabila perlu bangkit daripada ketinggalan lima kali dalam tujuh perlawanan liga terakhir mereka tetapi Van Dijk percaya ia akan bertambah baik dalam perlawanan akan datang.

“Tiada siapa yang mahu ketinggalan kemudian terpaksa bersusah payah untuk bangkit. Kami perlu terus berusaha dan memastikan ia tidak berulang.

“Apa yang boleh kami lakukan ialah cuba melakukan lebih baik dalam perlawanan seterusnya,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top