Vicente lega lulus ujian pertama

Vicente lega lulus ujian pertama


KUALA LUMPUR: Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengakui lega apabila ‘lulus’ ujian pertama dalam tugasan bersama skuad kebangsaan.

Anak buah Vicente menang 2-1 ke atas Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menempah slot final Pestabola Merdeka 2024 menentang Lubnan Ahad ini.

Jurulatih dari Sepanyol itu menyifatkan aksi berdepan Filipina bukan tugas mudah kerana lawan menggunakan kelebihan fizikal untuk memberi tekanan kepada skuad negara.

“Saya fikir ia aksi yang sukar namun kami sememangnya layak meraih keputusan ini (menang).

“Sepuluh minit terakhir kami dilihat sedikit goyah kerana berdepan lawan dengan kekuatan fizikal yang kuat, ia menunjukkan bukan mudah untuk mendapatkan kemenangan ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Pau Marti juga menegaskan bahawa pasukannya perlu terus bersikap positif kerana berjaya melangkah ke final buat kali kedua berturut-turut.

“Kami sudah melangkah ke final, dan kami akan meraikannya malam ini,” ujarnya yang gembira dengan pencapaian Harimau Malaya. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top