Victoria Beckham punca menantu menangis di hari perkahwinan

Victoria Beckham punca menantu menangis di hari perkahwinan


LOS ANGELES : Pelakon antarabangsa, Nicola Peltz didakwa menitiskan air mata semasa majlis resepsi perkahwinannya dengan Brooklyn Beckham pada April 2022 gara-gara tersinggung dengan perbuatan ibu mentuanya, iaitu ikon fesyen dunia, Victoria Beckham.

Menurut laporan, pasangan telah merancang tarian istimewa diiringi lagu berjudul You Sang to Me nyanyian Marc Anthony di hari perkahwinan mereka.

Namun, semasa persembahan tersebut, Victoria secara spontan menari bersama anak lelakinya, Brooklyn, sementara Marc Anthony memuji Victoria sebagai wanita paling cantik di dalam majlis berkenaan.

Tindakan ini didakwa mengejutkan Nicola dan menyebabkan pelakon itu meninggalkan majlis dalam keadaan emosi.

Sumber terdekat dengan keluarga Peltz menyatakan bahawa Nicola merasa momen yang sepatutnya menjadi kenangan manis antara dirinya dan suami telah ‘dirampas’ oleh ibu mentuanya itu.

Insiden ini dipercayai menjadi punca ketegangan berpanjangan antara Nicola dan keluarga Beckham, termasuk ketidakhadiran pasangan itu dalam sambutan ulang tahun ke-50 David Beckham baru-baru ini.

Walaupun banya laporan mengenai ketegangan ini disiarkan di media massa, Victoria bagaimanapun dilaporkan ‘bingung’ dengan dakwaan tersebut dan menafikan sebarang niat untuk mengganggu perancangan perkahwinan anaknya.

Walaupun terdapat usaha untuk mengekalkan keharmonian keluarga, hubungan antara Nicola dan keluarga Beckham bagaimanapun masih dilihat tegang.





Source link

OR

Scroll to Top