Pelakon Diana Danielle tidak mahu memberi komen mengenai status hubungannya dengan seorang lelaki yang didakwa sebagai kekasih selepas dia memuat naik video di Insta Story.
Memetik mStar Online, Diana berkata dia lebih selesa untuk tidak berkongsi perkara peribadi untuk dirinya sendiri namun jika ada berita gembira dia akan umumkan.
BACA: Kantoi Berpegangan Tangan Di Pusat Beli Belah, Diana Danielle Ada Kekasih?
“Saya tak nak letak apa-apa status sama ada seseorang itu teman lelaki ataupun tidak.
“Nanti-nanti saya akan umumkan kalau sudah tiba waktu saya nak berkahwin. Setakat ini, apa yang saya kongsikan biarlah setakat itu sahaja,” katanya.
Sementara itu, Diana berkata dia kini berada di fasa lebih matang dan sangat gembira serta meminta orang ramai mendoakan kebahagiaannya.
“Saya pun dah besar, bukanlah anak remaja yang baru nak berkawan dan kenal hati budi.
“Pada masa ini, saya rasa sangat gembira. Doakan semoga saya juga dapat mencari kebahagiaan saya pada masa depan nanti,” katanya.
Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan Diana sedang hangat bercinta setelah dilihat keluar bersama seorang lelaki di sebuah pusat membeli-belah.
Mereka dikatakan berjalan sambil berpegangan tangan dan masing-masing mengenakan pakaian sukan, sekali gus mencetuskan spekulasi di kalangan peminat.
Sumber: mStar Online






