Video Didakwa Sambut Krismas Undang Boikot… Pekin Ibrahim Kunci Mulut, Mona Allen Pula Kongsi Mesej Dakwah

Video Didakwa Sambut Krismas Undang Boikot… Pekin Ibrahim Kunci Mulut, Mona Allen Pula Kongsi Mesej Dakwah


Pasangan selebriti, Pekin Ibrahim dan Mona Allen berdepan kecaman hebat netizen susulan tular sebuah video yang didakwa memaparkan mereka menyambut perayaan Hari Natal bersama rakan-rakan.

Hasil tinjauan XTRA di platform media sosial milik Pekin mendapati ruangan komen di hantaran terkininya dibanjiri reaksi negatif daripada netizen yang rata-rata menyeru agar pasangan itu diboikot, dipercayai susulan penularan video berkenaan.

Bagaimanapun, Pekin atau nama sebenarnya, Muhammad Iznan Ibrahim memilih untuk berdiam diri dan tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap kritikan yang dilontarkan.

Mona turut mengambil pendekatan sama apabila tidak mengulas kecaman netizen, sebaliknya berkongsi sebuah video berbentuk dakwah yang menyentuh isu larangan bercakap buruk serta mengumpat sesama manusia.

“Jauhkan diri daripada mengumpat dan menyebut keburukan orang lain. Allah tidak akan mengampunkan seseorang sehinggalah individu yang dikutuk itu memaafkannya. Oleh itu, perlu meminta maaf dan berhati-hati,” kata penceramah dalam video tersebut.

Sebelum ini, tular satu potongan video di aplikasi TikTok yang memaparkan Pekin dan Mona mengenakan topi berwarna merah dan putih dipercayai menyerupai karakter Santa Claus ketika menghadiri sebuah majlis bersama kenalan rapat.

Malah, pasangan itu turut didakwa melakukan aktiviti bertukar hadiah (secret santa) yang dikaitkan dengan sambutan perayaan Krismas.

@eliyanasufi

Ni baru 1 kumpulan yang tunjuk secara terang-terangan. Diluar sana pasti masih ada ramai lagi yang wallahu’alam sama ada mereka tidak tahu ataupun mereka buat buat tak tahu bahawa kita orang Islam tidak boleh merayakan Hari Natal. Di bulan Rejab yang mulia ini, marilah kita doa supaya mereka dikurniakan taufiq hidayah oleh-Nya 😢😢😢 Dan paling sedih lagi apabila seseorang yang elok sudah berhijab tapi di perayaan ini sanggup tanggal hijabnya… #fyp #christmas #malaysia #taubat

♬ Bila Tiba – Ungu





Source link

OR

Scroll to Top