Video Lama Digali Netizen, Khairul Aming Tak Tahu Mana Nak Menyorok

Video Lama Digali Netizen, Khairul Aming Tak Tahu Mana Nak Menyorok

Video Lama Digali Netizen, Khairul Aming Tak Tahu Mana Nak Menyorok


Perkongsian pempengaruh media sosial, Khairul Aming menjadi perhatian apabila menitipkan pesanan kepada anak-anak muda untuk berfikir masak-masak sebelum memuat naik konten di media sosial.

Menerusi hantaran di Threads, Khairul Aming berkata mungkin ketika itu kita merasakan konten yang dihasilkan kelakar namun timbul rasa menyesal apabila ianya diungkit kembali.

BACA: Tiada Bilik VIP, Khairul Aming Umum Rembayung Dibuka 6 Januari Ini

“Sebab tu adik-adik kalau nak buat video dekat internet ni kena fikir masak-masak.  Time tu kita rasa cool dan kelakar. 10 tahun kemudian tak tahu nak menyorok,” katanya.

Difahamkan, hantaran itu dibuat selepas netizen berkongsikan semula video lamanya yang membuatkan ramai terhibur.

Sementara itu, ada netizen mengatakan jejak digital tidak akan hilang serta ada yang mengatakan mereka terhibur dengan konten Khairul Aming yang dahulu. 






Source link

OR

Scroll to Top