Video Pentas Konsert Di Stadium Tersebar, Siti Nurhaliza Pesan Peminat Jangan Buat Penilaian Awal

Video Pentas Konsert Di Stadium Tersebar, Siti Nurhaliza Pesan Peminat Jangan Buat Penilaian Awal

Video Pentas Konsert Di Stadium Tersebar, Siti Nurhaliza Pesan Peminat Jangan Buat Penilaian Awal


Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza secara terbuka menegur individu yang menyebarkan rakaman video memaparkan persekitaran pentas Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi ruangan komen, Siti atau nama lengkapnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 47, menjelaskan tindakan tersebut boleh mengundang kekeliruan dan mencetuskan persepsi negatif terhadap konsert yang bakal berlangsung pada 10 Januari 2026, Sabtu ini.

Jutseru, pelantun lagu popular Menamakanmu Cinta ini memberi pesanan kepada peminatnya agar tidak membuat persepsi awal daripada rakaman video tular tersebut, sekali gus menjelaskan pentas Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza masih dalam persiapan,.

“Ini yang saya marah bila suka-suka masuk stadium dan buat video. Semua belum siap dan yang tengok video ini pun tak perlu buat penilaian awal ya,” katanya.

S

Sebelum ini, video tular tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan saiz paparan skrin dan pentas didakwa terlalu kecil.

Sekadar info, Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza pada Sabtu ini bakal menampilkan penyanyi popular tempatan dan Indonesia seperti Cakra Khan, Hafiz Suip, Noh Salleh dan Umairah.



Source link

OR

Scroll to Top