September 8, 2024

Vigneswaran ucap tahniah kepada Modi

Vigneswaran ucap tahniah kepada Modi


KUALA LUMPUR – Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi atas kemenangan dalam pilihan raya umum negara tersebut.

Vigneswaran yang mewakili MIC, parti terbesar kaum India di negara ini yakin kemenangan tiga kali berturut-turut Modi bersama pakatan yang dipimpinnya dalam pilihan raya umum India adalah signal untuk ekonomi serta taraf kehidupan lebih baik pada masa depan.

“Tahniah kepada Narendra Modi atas kemenangan ini, ini sememangnya sejarah apatah lagi memimpin negara untuk tiga berturut-turut.

“Modi telah berjaya menerajui negara India dengan pemerkasaan ekonomi di negara itu secara besar-besaran selain menjanjikan kehidupan lebih baik bukan sahaja untuk rakyat di negara itu sebaliknya juga keseluruhan rantau turut merasai nikmat ini.

“Saya bersama warga MIC sangat menantikan kerjasama erat dalam membina hubungan erat India-Malaysia pada masa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai lebih 642 juta rakyat turun melaksanakan hak mengundi yang telah bermula sejak 19 April yang lalu.

Modi dipercayai secara rasmi menjadi Perdana Menteri India selepas Suruhanjaya Pilihan Raya memberi pengesahan akhir pada awal pagi tadi bahawa parti-parti yang membentuk gabungan secara kolektif telah melepasi markah majoriti di Parlimen. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top