Villa rebah di Belanda

Villa rebah di Belanda


London: Permulaan sempurna Aston Villa dalam kempen Liga Europa musnah selepas dikejutkan kekalahan mengejut 1-2 kepada Go Ahead Eagles, awal pagi tadi, manakala pengendali baharu Rangers, Danny Rohl, melalui debut buruk apabila tewas 0-3 kepada Brann.

Villa sebelum ini tampil sebagai antara pilihan utama kejohanan selepas menewaskan Bologna dan Feyenoord dalam dua perlawanan awal kumpulan.

Namun, meskipun pengendali Unai Emery melakukan tujuh pertukaran dalam kesebelasan utama, skuad pelawat bermula garang di Belanda apabila Evann Guessand meledak gol pertamanya bersama kelab itu.

Bagaimanapun, dalam keadaan cuaca tidak menentu, tuan rumah bangkit melakar kemenangan bersejarah dalam penampilan sulung mereka di peringkat kumpulan Eropah.

Mathis Suray menyamakan kedudukan menerusi rembatan yang terbias sebelum Mats Deijl menjaringkan gol kemenangan dengan menewaskan penjaga gol Villa, Emiliano Martinez, menerusi sepakan chip yang cantik.

Pemain tengah Argentina, Emi Buendia, yang menjadi wira ketika menewaskan Tottenham pada Ahad lalu, kali ini bertukar menjadi watak malang selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti di penghujung permainan yang boleh menghadiahkan satu mata buat pasukannya.

Sementara itu, Rangers terus merosot selepas mencatat kekalahan ketiga berturut-turut dalam Liga Europa yang menyaksikan mereka kini menghuni tangga tercorot dalam kalangan 36 pasukan bertanding.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top