Vingegaard rampas jersi kuning Paris-Nice

Vingegaard rampas jersi kuning Paris-Nice


Uchon: Juara dua kali Tour de France, Jonas Vingegaard, mengambil alih kedudukan pendahulu keseluruhan perlumbaan Paris-Nice selepas memenangi peringkat keempat dalam keadaan cuaca buruk.

Pelumba Denmark itu merampas jersi kuning selepas melakukan serangan di pendakian terakhir kira-kira satu kilometer (km) sebelum garisan penamat pada perlumbaan sejauh 195km dari Bourges ke Uchon.

Vingegaard berjaya meninggalkan pasangan Red Bull-Bora, Daniel Martinez dan Tim van Dijke, sebelum menamatkan perlumbaan sebagai pemenang.

Martinez dari Colombia menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan ketinggalan 41 saat (s) dan kini berada di kedudukan kedua keseluruhan, 52s di belakang Vingegaard dalam perlumbaan lapan peringkat itu.

Pelumba Jerman, Georg Steinhauser, berada di tangga ketiga keseluruhan dengan ketinggalan 3:20s selepas menamatkan peringkat itu di tempat kelima.

Perlumbaan turut dicemari beberapa insiden apabila angin lintang memecahkan kelompok utama kepada beberapa kumpulan sejak awal perlumbaan.

Keadaan hujan lebat dan permukaan jalan licin turut menyebabkan beberapa pelumba terbabit dalam kemalangan termasuk pendahulu sebelum ini, Juan Ayuso dari Sepanyol.

Ayuso terpaksa dibawa ke hospital dengan ambulans, manakala seorang lagi pencabar utama, Brandon McNulty, menarik diri selepas mengalami kemalangan serius.

Perlumbaan Paris-Nice masih berbaki beberapa peringkat mencabar termasuk satu laluan gunung utama pada Sabtu, dengan peringkat kelima menampilkan tiga pendakian dalam 40km terakhir sebelum penamat pendakian.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top