Vivy, suami didakwa Khamis ini

Vivy, suami didakwa Khamis ini



safeek@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Khamis ini.

Kedua-dua mereka akan didakwa berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet, berjumlah RM43.9 juta.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, kepada media hari ini.

Katanya, SPRM pada hari ini sudah menjalankan tangkapan terhadap pasangan terbabit tengah hari tadi dan telah diberikan jaminan untuk hadir ke mahkamah, pada hari Khamis.

Pada 28 November lalu, kertas siasatan membabitkan kerugian pelaburan itu sudah dilengkapkan SPRM.

Susulan itu, kertas siasatan berkenaan sudah diserahkan kepada Bahagian Perundangan SPRM untuk kajian dan pertimbangan.

Terdahulu, SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat e-dagang berkenaan.

Transaksi mencurigakan itu dikesan sejak tahun 2018 hingga tahun lalu.

SPRM dilaporkan turut merampas kira-kira 60 kotak mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah dan PNB bagi membantu siasatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top