“Wahai Kaki Ibuku Yang Banyak Berjasa, Terima Kasih”

“Wahai Kaki Ibuku Yang Banyak Berjasa, Terima Kasih”


Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana berkongsikan momen menanam sebahagian kaki ibunya yang dipotong kerana masalah kesihatan.

Menerusi perkongsian di Threads, Ardell mengatakan dia dapat belajar untuk menguruskan serta membersihkan dan mengafankan bahagian kaki ibunya serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang membantunya.

BACA: Ardell Dedah Tudung Direntap Hingga Rambut Tercabut, Diugut B*n*h Anak

“Rezeki hari ini dapat belajar dan turut bersama dalam menguruskan untuk membersihkan, mencuci serta kafankan bahagian kaki ibuku dengan Ustazah Aina.

“Terima kasih juga PU Rahmat sebab bantu saya dan datang untuk uruskan, dari forensik ke masjid untuk kafankan sehingga urusan tanam.

“Buat team Pejabat Pengurusan, pihak masjid dan team tanah perkuburan Islam Kampung Sungai Kantan, terima kasih sebab sudi bantu saya uruskan kaki ibu dan galikan tanah,” katanya.

Sementara itu, Ardell turut mengucapkan terima kasih kerana kaki ibunya yang selama ini banyak berjasa dan kini sudah pun dikembalikan kepada tanah.

“Wahai kaki ibu ku yang banyak berjasa, terima kasih. Selesai urusan kaki ini di dunia dan telah pun dikembalikan kepada tanah,” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top