Wajah Kamal Adli Didakwa Kelihatan Sugul, Netizen Luah Rasa Simpati – “Muka Dia Nampak Banyak Pendam Benda”

Wajah Kamal Adli Didakwa Kelihatan Sugul, Netizen Luah Rasa Simpati – “Muka Dia Nampak Banyak Pendam Benda”


Pelakon, Kamal Adli mencuri tumpuan ramai selepas tular sebuah video di platform TikTok memaparkan wajahnya yang kelihatan ‘sugul’.

Menerusi video dikongsikan oleh pengeluar produk makanan sejuk beku, Pak Mat Western, riak wajah Kamal yang sedang mempromosikan jenama tersebut menjadi sebutan ramai yang dikatakan seolah-olah berada dalam kesedihan.

Rata-rata netizen mendakwa aktor berusia 39 tahun ini sedang berusaha untuk menyorok kesedihannya setelah melalui fasa pergolakan rumah tangga bersama isterinya, aktres jelita, Uqasha Senrose.

Bagaimanapun, Kamal tetap komited menjalankan kerjanya sebagai salah seorang pemasaran produk tersebut, meskipun berdepan ujian yang berat.

@pakmatwesterncafee

kenal rupanya@kamaladli 😂#fyp #foryou #kamaladli

♬ original sound – pakmatwesternhq – pakmatwesternhq

Sebelum ini, mahkamah menetapkan tarikh 18 Disember depan bagi prosiding Jawatankuasa Pendamai (JPK) membabitkan kes perceraian mereka.

Terdahulu, Uqasha telah memfailkan perceraian terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu selepas empat tahun mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira.

 





Source link

OR

Scroll to Top