“Walau Satu Pihak Dalam Idah, Saya Tak Cuba Rapat Dengan Mana-Mana Perempuan” 

“Walau Satu Pihak Dalam Idah, Saya Tak Cuba Rapat Dengan Mana-Mana Perempuan” 


Pelakon Kamal Adli seolah memberi gambaran mengenai situasi sukar yang sedang dilaluinya selepas melalui proses perpisahan dengan bekas isterinya, Uqasha Senrose.

Menerusi hantaran di Threads, Kamal mengakui dia perlu menjaga segala batas pergaulan termasuk ketika bekerja meskipun temph idah hanya dilalui oleh bekas isterinya.

BACA: Kejutt Bangun Sahur, Kamal Adli Selit Nama Uqasha Senrose Undang Sebak

“Dalam tempoh sekarang ni memang kena jaga semua benda kan? Walau dalam kerja kan? Walau satu side dalam iddah. Sehabis baik menjaga semua. 

“Buat lawak buat happy. Tak cuba nak rapat-rapat dengan mana-mana perempuan walau bukan waktu kerja. Yang ada cuma anak je dan bukan nak gedik-gedik dekat mana-mana tempat. Pendam ni sakit juga ye,” katanya.

Sementara itu, dalam satu hantaran lain Kamal menjelaskan perkongsiannya itu bukan dituju kepada mana-mana individu.

“Gais posting saya pasal isu iddah tu saya sumpah demi Allah tak tuju mana-mana pihak tu hanya untuk saya dan sangat-sangat nak kongsi dengan korang kalau tak saya jadi bengong pendam. Tolong jangan gaduh ke, ungkit ke sampai jadi tak best,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top