Wan Arif-Roy King mara final

Wan Arif-Roy King mara final


Wan Arif-Roy King mara final Terbuka Macau.

BEREGU lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi–Yap Roy King, mara ke pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka Macau Super 300 selepas menundukkan rakan senegara di peringkat separuh akhir pada Sabtu.

Pasangan negara itu menampilkan aksi meyakinkan apabila menewaskan Choong Hon Jian–Muhammad Haikal Nazri 21-13, 21-15 dalam masa 34 minit di gelanggang Macao East Asian Games Dome, Cotai.

Kemenangan tersebut membolehkan Wan Arif–Roy King membuat perhitungan dengan gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama–Moh Reza Pahlevi Isfahani, yang sebelum itu mengetepikan cabaran pasangan Taiwan, Lee Fang Chih–Lee Fang Jen 21-19, 21-17.

Sementara itu, hasrat beregu campuran negara yang juga pilihan utama kejohanan, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, untuk menempah tiket ke final tidak kesampaian selepas tewas kepada gandingan Denmark, Mathias Christiansen–Alexandra Boje.

Tang Jie–Ee Wei memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila memenangi set pertama 21-15, namun gagal mengekalkan momentum apabila tunduk 17-21, 11-21 dalam pertarungan selama 54 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Christiansen–Boje akan berdepan satu lagi pasangan negara, Jimmy Wong–Lai Pei Jing, dalam perlawanan akhir.

Jimmy–Pei Jing terlebih dahulu memastikan tempat ke final apabila mengejutkan pilihan keenam dari Indonesia, Amri Syahnawi–Nita Violina Marwah, 21-18, 21-16 dalam satu lagi aksi separuh akhir.



Source link

OR

Scroll to Top