Wan Arif –Roy King unggul di Terbuka Macau

Wan Arif –Roy King unggul di Terbuka Macau


Wan Arif (kiri)-Roy King menampilkan persembahan luar biasa untuk menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Macau pada Ahad.

BEREGU lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi–Yap Roy King menampilkan persembahan luar biasa untuk menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Macau Super 300 selepas menundukkan pasangan pilihan dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama–Moh Reza Pahlevi Isfahani di Macao East Asian Games Dome, Cotai, pada Ahad.

Set pertama menyaksikan Wan Arif–Roy King, selaku pilihan keempat, bermula cemerlang apabila menjinakkan Sabar–Reza dalam aksi sengit yang berkesudahan memihak kepada pasangan negara, 22-20.

Pada set kedua, Sabar–Reza yang kini menduduki tangga kelapan dunia tampil lebih agresif untuk menyamakan kedudukan dan mengheret perlawanan ke set penentuan.

Biarpun begitu, Wan Arif–Roy King yang berada pada ranking ke-24 dunia kekal tenang mengawal permainan matang pasangan lawan untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-18 dalam tempoh keseluruhan 80 minit.

Sebelum itu, Wan Arif–Roy King mara ke pentas akhir selepas menundukkan rakan senegara, Choong Hon Jian–Muhammad Haikal Nazri dengan keputusan 21-13, 21-15 dalam masa 34 minit.

Sabar–Reza pula mengetepikan cabaran pasangan Taiwan, Lee Fang Chih–Lee Fang Jen dengan keputusan 21-19, 21-17.



Source link

OR

Scroll to Top