Wanita 36 tahun rugi lebih setengah juta ditipu skim pelaburan

Wanita 36 tahun rugi lebih setengah juta ditipu skim pelaburan


JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang mengharapkan keuntungan pelaburan sehingga 20 peratus berputih mata apabila wang lebih RM500,000 yang dilaburkan hangus begitu sahaja.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita tempatan berusia 36 tahun semalam yang menyedari menjadi mangsa penipuan selepas diminta memasukkan wang lagi bagi menuntut keuntungan.

Menurut beliau, mangsa mendakwa dia mulanya menerima satu pautan WhatsApp daripada penama Selina menggunakan nombor talian 018-3748439 pada pukul 2.19 petang, 1 Jun lalu.

“Ia menawarkan pelaburan saham dimensional investment (Asia Station) dengan menjanjikan pulangan keuntungan antara 10 hingga 20 peratus daripada setiap nilai yang dilaburkan.

“Tertarik dengan keuntungan yang dijanjikan, mangsa bersetuju membuat pelaburan dan telah membuat 28 transaksi ke enam akaun yang diberikan bermula 19 Julai lalu dengan jumlah keseluruhan modal sebanyak RM555,130.29,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Balveer Singh, daripada setengah juta ringgit wang dilaburkan, mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM20,000.

Katanya, mangsa menyedari dirinya ditipu apabila diminta untuk membuat bayaran lagi RM300,000 bagi tujuan pengeluaran wang keuntungan.

“Selepas itu, mangsa mendakwa dia tidak lagi dapat menghubungi penama Selina kerana talian telah disekat,” jelasnya.- UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top