KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga asing ditemukan maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan kediaman di Setapak, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam sekitar jam 12.10 tengah hari tadi.
Mangsa berusia 27 tahun itu disahkan meninggal dunia dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat, katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL