Wanita Indonesia ditelan ular sawa di Sulawesi Selatan

Wanita Indonesia ditelan ular sawa di Sulawesi Selatan


JAKARTA – Seorang wanita Indonesia berusia 30 tahun maut selepas ditelan ular sawa sepanjang enam meter di Daerah Luwu, Sulawesi Selatan.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Suriaty sedang berjalan  menuju ke rumah abangnya di Kampung Siteba, Daerah Kecil  Walenrang Barat untuk mengambil ubat anaknya yang sakit pada pagi Selasa.

Setiausaha kampung Iyang memberitahu portal tvOnenews bahawa perjalanan wanita berkenaan  bertukar  menjadi tragedi apabila dia diserang oleh ular sawa itu.

“Suaminya menjejaki tapak kakinya  dan menemui barang-barang berselerak seperti selipar, beg, dan seluar di tepi jalan, yang berselerak dalam jarak beberapa meter.

Tidak berapa jauh dari situ,  ular sawa berkenaan ditemukan dengan perut yang kelihatan buncit. Dia segera meminta bantuan penduduk tempatan untuk meneutralkan ular berkenaan dan mengeluarkan mayat mangsa,” kata Iyang.

Suriaty dikenali sebagai seorang suri rumah tangga dan petani yang berdedikasi, meninggalkan lima anak kecil. – BERNAMA



Source link

OR

Scroll to Top