Wanita maut dijerut bekas madu

Wanita maut dijerut bekas madu


LHOKSEUMAWE – Seorang wanita maut selepas dijerut bekas isteri suaminya, awal minggu lalu.

Mangsa, Laksmiwati Anggraini, 62, atau LA dibunuh bekas madunya di kediaman mereka di Jalan Merdeka, Desa Kuta Blang, Kecamatan Banda Sakti, Lhokseumawe, wilayah Aceh pada Isnin.

Jurucakap polis, Iptu Yudha berkata, siasatan awal mendapati motif pembunuhan kerana dendam terhadap mangsa setelah pernikahan rahsianya bersama bekas suami diketahui.

Suspek yang dikenali sebagai WL berang kerana mangsa dikatakan memaksa bekas suaminya supaya menceraikannya.

Suspek berjaya diberkas sehari selepas insiden itu berdasarkan bukti rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV).

“Rakaman itu jelas menunjukkan WL dilihat memasuki lokasi kejadian dan bersembunyi sebelum melakukan perbuatan itu. 

Turut dirampas beberapa barang bukti seperti tali plastik yang digunakan pelaku untuk menjerut leher bekas madunya dan sebuah kereta yang dipandu untuk melarikan diri.

Akibat perbuatan itu, WL didakwa membunuh dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika disabit bersalah.

Kematian LA turut menggemparkan penduduk setempat kerana mayatnya ditemui di sebuah bilik di tingkat dua kediaman tersebut yang turut dijadikan tempat untuk merawat pesakit. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top