Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai seorang wanita didakwa mirip pelakon apabila tular video dan gambar di laman Threads sedang berhibur di kelab malam.
Menerusi hantaran tular, wanita tersebut yang tampil tidak bertudung serta berpakaian mencolok mata sekaligus mengejutkan ramai netizen.

Lebih mengejutkan, tular video memaparkan wanita itu mengambil minuman keras serta didakwa memiliki tatu pada badannya.


Tidak kurang juga, ada seorang pengguna Threads yang mendakwa wanita berkenaan pernah hamil serta keguguran.
Dalam pada itu, ada netizen yang meluahkan rasa terkejut dengan pendedahan yang dibuat serta perkara yang tular di media sosial itu apatah lagi imej yang ditampilkan berbeza.







