Seorang wanita memuat naik hantaran menitipkan nasihat buat pempengaruh media sosial, Marissa Dania susulan isu rumah tangganya.
Menerusi perkongsian di Threads, individu itu mendakwa pernah menjadi isteri kedua dan berkahwin di Siam, Thailand.
BACA: “Kami Dalam Proses Berpisah…Harap Tiada Lagi Kenyataan Dari Mana-Mana Pihak”
Individu itu mendakwa tindakan Marissa itu tidak akan memberi ketenangan dan tidak akan menang sampai bila-bila.

“Aku nak kongsi pengalaman jadi penyondol, nikah di Siam. Jadi aku rasa aku layak nak nasihat kau. Aku tahu kau ada perasaan ingin menang dengan Umisya. Kau berjaya kahwin pun aku tahu kau bangga.
“Tapi percayalah cakap aku, mungkin kau rasa menang tapi sebenarnya kau dah kalah teruk dan kau tidak akan menang sampai bila-bila serta sentiasa tidak tenang,” katanya.
Sementara itu, individu itu turut mengatakan cara untuk rasa bahagia adalah keluar dari perkahwinan dan sentiasa ingat bahawa Allah itu Maha Pengampun.
“Satu saja cara dia, kau kena keluar dari semua ini. Ingatlah Allah itu maha pengampun. Tapi aku tahu kau susah nak terima apa-apa nasihat saat ini.
“Dan aku tahu ketika ini, mungkin yang ada dalam hati hanya rasa marah dengan kenyataan atau nasihat daripada orang ramai terutama mak ayah kau.
“Percayalah, Allah akan cuit kau dan pada ketika itu kau akan terduduk seduduknya. Bila hari itu datang, bertaubatlah ya. Allah masih sayang kau,” katanya.
Semalam, Marissa memaklumkan dia dan suaminya, Aslam kini dalam proses berpisah. Isnin lalu, Aslam dan Marissa hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang difailkan pada 10 Mac lalu.






