Wanita Thailand ditemui maut depan kedai

Wanita Thailand ditemui maut depan kedai


harisfadli@hmetro.com.my

Serdang: Wanita warga Thailand ditemui maut di hadapan kedai di Taman Perindustrian Puchong Utama, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, warga asing berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Pihak polis kini sedang mengesan waris,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, setakat ini pemeriksaan awal forensik mendapati kejadian tidak membabitkan unsur jenayah dan kes diklasifikasikan kematian mengejut.

Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil membantu siasatan dan menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top