Semakin mendapat tempat di hati peminat, produk kecantikan dan kosmetik Wardah Beauty kini sudah tidak asing lagi di Malaysia terutama buat kaum hawa.
Wardah, sebuah jenama kecantikan terkemuka yang terkenal dengan inovasi dalam sains dan teknologi secara rasminya melancarkan Wardah Skinverse di The Exchange TRX Kuala Lumpur, selama lima hari bermula dari 17 hingga 21 Julai 2024.
Acara ini menampilkan pelbagai inovasi terkini dalam penjagaan kulit. Salah satu tumpuan utama acara ini adalah teknologi penjagaan kulit robotik yang inovatif pertama di Malaysia, ‘Personalized RoboSkin™’.
Teknologi AI ini dijangka akan merevolusikan rutin kecantikan lebih terperinci dengan memberikan penyelesaian yang sesuai untuk keperluan setiap individu.
Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang mempelajari sendiri cara dan penggunaan produk yang betul untuk menjaga kulit wajah serta rawatan melalui ‘Personalized RoboSkin™’ sambil mencuba produk terbaru Wardah iaitu ‘Gel Moisturizer’ dan ‘UV Shield’.
Matlamat utama Wardah adalah untuk mengubah cara orang melihat dan menggunakan produk kecantikan berkualiti tinggi keluaran mereka untuk hasil yang lebih baik.
Inovasi teknologi robotik
‘Personalized RoboSkin™’ adalah sebuah inovasi penting dalam penjagaan kulit wajah masa kini.
Melalui data dari Penyelidikan Genomik Kulit Wardah, ‘Personalized RoboSkin™’ dapat menganalisis masalah dan keperluan kulit dengan lebih tepat sekali gus membolehkan rawatan yang relevan untuk penjagaan kulit dengan lebih berkesan.
Sistem ini menyesuaikan rejimen penjagaan kulit secara nyata, menawarkan penyelesaian khusus untuk masalah kulit tertentu. Wardah sentiasa komited untuk meningkatkan pengalaman penjagaan kulit dan memastikan hasil yang memuaskan buat pengguna setia mereka.
Paling penting, semua produk keluaran Wardah adalah mesra wuduk dan selamat digunakan untuk semua lapisan umur.
Sorotan sesi perkongsian
Menurut Ketua Pembangunan Jenama Kecantikan Halal Global ParagonCorp, Alif Kartika, komitmen Wardah dalam inovasi penjagaan kulit mula sejak tahun 1995 lagi.
“Wardah banyak bekerjasama dengan pakar kulit untuk mencipta penyelesaian yang sesuai dengan semua jenis kulit.
“Pelancaran Wardah Skinverse di Malaysia ini membuktikan usaha kami bersama Persatuan Dermatologi dan Venereologi Indonesia (PERDOSKI), memahami ciri-ciri kulit serta membantu dalam menyelesaikan masalah penjagaan kulit wajah dengan lebih berkesan.
“Kajian ini juga merupakan antara kajian yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara,” jelasnya.
Ketika acara ini berlangsung, Pakar Dermatologi Kanan dan Presiden Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM), Dato’ Dr. Noor Zalmy Azizan, menyatakan Penyelidikan Genomik Kulit dapat mengisi jurang penting antara pakar dermatologi dan pesakit.
“Cara ini membolehkan mereka memberikan nasihat dan penyelesaian tentang penjagaan kulit dengan lebih terperinci, sambil meningkatkan pemahaman tentang masalah kulit di kalangan rakyat Malaysia,” katanya.
Tambah Pakar Inovasi Strategik Global, Yusuke Saito, Wardah sentiasa berusaha memberikan penjagaan kulit yang terbaik dengan mengekalkan kualiti serta bekerjasama dengan pakar di seluruh dunia agar kepuasan pengguna terjamin.
Sebagai seorang selebriti Malaysia dan Duta Kecantikan Wardah, Elfira Loy, mengatakan wajahnya yang kini tampak lebih sihat dan berseri adalah hasil penggunaan produk penjagaan kulit Wardah.
“Sebagai pengguna setia Wardah, saya sangat menghargai komitmen mereka untuk menyediakan pilihan penjagaan kulit berkualiti tinggi yang memenuhi pelbagai keperluan wanita.
“Penggunaan teknologi yang inovatif oleh Wardah menghasilkan penyelesaian penjagaan kulit yang berkesan dan selamat adalah sangat luar biasa. Dedikasi mereka dalam penyelidikan dan inovasi memastikan pengguna sentiasa mendapat produk terbaik dan berkualiti,” katanya.
Aktiviti menarik di Wardah Skinverse
Walaupun ‘Personalized RoboSkin™’ menjadi bintang utama, kempen ini turut menawarkan pelbagai pengalaman interaktif yang mampu mendidik pengunjung tentang pengetahuan dan cara penjagaan kulit wajah yang betul.
Apa yang menarik, Wardah Beauty juga menyediakan 6 booth interaktif buat pengunjung yang datang ke acara tersebut.
1. Skinventure
Eksplorasi interaktif tentang apa yang boleh menyebabkan masalah kulit wajah tidak kelihatan.
2. Sun Protect Sphere
Mempelajari jenis SPF dan krim pelindung matahari yang terbaik untuk perlindungan jangka masa panjang.
3. Skin Barrier Reborn
Belajar tentang cara menjaga dan menguatkan lapisan kulit wajah supaya lebih sihat.
4. Brightening Skin Science
Ketahui tentang bahan pencerah yang selamat digunakan untuk kulit wajah.
5. Skin Science Clinic
Konsultasi bersama pakar kulit untuk memahami keperluan kulit dan belajar tentang teknologi perawatan terkini.
6. Skin Expert Talks
Dapatkan pandangan dari pakar dermatologi mengenai dunia kecantikan.
Selaras dengan tema “Enhancing Your Beauty with Cutting-Edge Skin Science”, para pengunjung berpeluang memahami lebih mendalam lagi tentang penjagaan kulit wajah disebalik sains.
Bagi menambahkan lagi kemeriahan acara tersebut, para pengunjung turut dihiburkan dengan penampilan istimewa bintang antarabangsa, Yuna, pada malam 19 Julai 2024, Jumaat.
Bukan itu sahaja, Wardah juga akan menganugerahkan anugerah Brave Beauty Awards pada 20 Julai 2024, Sabtu kepada figura wanita yang sentiasa memajukan bidang sains kulit melalui penyelidikan, pendidikan, dan pembangunan komuniti.
Siapakah beliau? Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri acara Wardah Beauty ini.
Untuk maklumat lanjut boleh klik pautan ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd