Wardley hidupkan kisah 'Rocky' sebenar – Chisora

Wardley hidupkan kisah 'Rocky' sebenar – Chisora


New York: Derek Chisora menyifatkan kebangkitan Fabio Wardley daripada peninju amatur ‘kolar putih’ kepada pencabar kejuaraan dunia sebagai satu kisah yang layak difilemkan seperti watak legenda tinju, Rocky Balboa.

Wardley, yang akan menentang Joseph Parker Sabtu ini dalam aksi disiarkan secara langsung di DAZN PPV, hanya mula serius dalam sukan tinju pada usia 20 tahun selepas menyertai satu pertarungan tanpa lesen.

Selepas hanya empat pertarungan di pentas ‘kilar putih’ yang kebanyakannya diadakan di dewan kecil sekitar Ipswich peninju muda yang memiliki tumbukan padu itu mengambil keputusan untuk beralih ke pentas profesional.

Kini, Wardley muncul antara peninju paling menyerlah di Britain dengan rekod 18 kemenangan melalui knockout (KO) daripada 19 pertarungan, dan hanya satu keputusan seri mencalarkan rekod tanpa kalahnya.

Kemenangan ke atas Parker bakal membuka peluang buatnya untuk merebut kejuaraan dunia milik Oleksandr Usyk sekali gus melengkapkan kisah dongeng yang pasti membuatkan Rocky bangga.

Chisora, 41, berkata dalam episod terbaharu rancangan No Glove Lost terbitan SunSport: “Ia satu kisah hebat, sebab saya sendiri pernah berkongsi gelanggang dengan Fabio berkali-kali.

“Dia pernah datang ke Rotherham berlatih dan bertinju dengan saya selama seminggu bersama Don Charles dan Finchley.

“Saya duduk memerhati dan cuba nak menilai Fabio, tapi inilah sebenarnya kisah filem Rocky.

“Masih ingat macam mana Rocky bermula dengan penuh kesusahan sebelum berjaya mencipta nama besar? Itulah yang Fabio lakukan, dan kini dia bertarung untuk tiket kelayakan kejuaraan dunia WBO.

“Jadi nak memperkecilkan pencapaiannya memang tak masuk akal. Dia dah buat sesuatu yang luar biasa untuk dirinya dan keluarganya.”

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top