am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol adik iparnya di Kampung Kubang Golok, Bachok pada Januari lalu.
Tertuduh yang berusia 64 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibicarakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol adik ipar berusia 18 tahun di sebuah bilik di Kampung Kubang Golok pada 3 petang 18 Januari lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan juga sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mazlan dan tertuduh diwakili peguam, Ahmad Nurie Ab Rahman.
Terdahulu, Siti Hajar tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan mangsa dalam kes ini adalah adik ipar tertuduh dan keluarga tertuduh juga tinggal bersama mangsa.
Ahmad Nurie pula memohon jaminan diberikan memandangkan anak guamnya yang bekerja sebagai peniaga santan perlu menanggung keluarga dan mempunyai dua isteri.
Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.
© New Straits Times Press (M) Bhd