Warga emas dirempuh bawah jejambat: Polis rujuk kertas siasatan kepada TPR

Warga emas dirempuh bawah jejambat: Polis rujuk kertas siasatan kepada TPR



rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kes warga emas parah dirempuh kereta ketika berteduh di bawah jejambat di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban, selepas Tol Sungai Besi di sini, pada Ahad lalu, akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan kes berkenaan masih berjalan.

“Buat masa ini, pemandu diberi jamin polis bagi menunggu siasatan dilengkapkan untuk dirujuk kepada TPR,” katanya ringkas ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Harian Metro terdahulu melaporkan, lelaki warga emas yang berteduh daripada hujan di lorong kecemasan di bawah jejambat parah dirempuh sebuah kereta di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban, selepas Tol Sungai Besi, di sini.

Mohd Zamzuri dilaporkan berkata, video kejadian membabitkan penunggang motosikal berusia 76 tahun itu tular di media sosial.

Beliau dipetik berkata, siasatan awal mendapati penunggang terbabit berhenti di lorong kecemasan bawah jejambat untuk berteduh sebelum dirempuh daripada belakang oleh sebuah kereta.

Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Katanya, pemandu kenderaan berusia 40 tahun juga sudah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top